Pengikut

Ahad, 26 Oktober 2014

Perhimpunan Harga Getah di Selama Perak [ Video dan Gambar ]


Terharu dengan kehadiran mak cik pak cik di Selama tadi. Tak dapat bayangkan harga getah RM1.40/kg.... nak beli gula sekilo pun x cukup.... kalau Ahli Parlimen UMNO BN kata, "kami ikat perut...,"  Rakyat jawab, " kami ikat tengkok....,"
Tahun 1974 semasa harga getah jatuh keparas harga 0.25 sen maka terjadilah himpunan di Baling dan himpunan kedua di Selama Perak...

Selama mengulangi sejarah...

0. 25 sen^kg pada waktu itu boleh beli dalam sekilo gula,tapi sekarang harga getah merudum jatuh sehingga rm.1.60-rm1.80 dan dengan harga tersebut tak lepas untuk membeli sekilo gula...


(Suara Ucapan Tn Haji Razman Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak yang menyertai perhimpunan tersebut)
** Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat..
Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila anggota polis mengawal lalu lintas bagi melicinkan himpunan ini....
Tahniah kpd IPD Selama...
Tahniah kepada semua peserta himpunan serta pimpinan yang hadir....
.

Negeri Perak Cuti Umum Pada 27 November Setiap Tahun

Kerajaan Negeri Perak telah menetapkan bahawa Cuti Umum Negeri Perak sempena Ulangtahun Hari  Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Ahah Al-Magfur-Lah Perak ditetapkan pada tanggal 27 November setiap tahun. Sebelum ini Cuti Umum Negeri Perak sempena Ulangtahun Hari Keputeraan  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak (Almarhum Tuanku Azlan) disambut pada tanggal 19 April. Tarikh berkenaan dipilih hasil daripada keputusan yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bersidang pada  09 Julai 2014.

DYMM Tuanku Nazrin Muizzuddin Shah diputerakan pada 27 November 1956 di Georgetown, Pulau Pinang. Baginda dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke- 35 dalam usia 58 tahun pada 29 May 2014 berikutan kemangkatan Ayahanda baginda pada 28 May 2014. Secara kebetulan, tahun ini dua kali Negeri Perak Cuti Umum sempena Sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Sumber :- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Fan Page