Pengikut

Sabtu, 8 November 2014

Lelaki berpakaian perempuan: Jangan cabar hukum Allah, kata Mufti Perak

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan perlembagaan sebagai tindakan mencabar hukum Allah S.W.T.

Menurut beliau, lelaki berpakaian seperti perempuan atau pun sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam justeru ianya perlu disekat.

Katanya, tindakan Mahkamah Rayuan itu diibaratkannya sebagai menghalalkan perkara yang haram dan ianya akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.

“Ianya adalah kehendak dan juga hukum agama Islam bukannya adat untuk kita sesuka hati menghalalkan. Haram untuk lelaki menyerupai wanita. 
“Saya amat sedih, undang-undang tersebut diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam untuk tidak melanggar hukum syarak Islam. Tetapi sekarang ianya seperti dihalalkan. 
“Dengan keputusan yang dibuat, masyarakat khususnya orang Islam akan bebas melakukan dosa dan melanggar syarak Islam tanpa rasa takut. Jangan kita mengundang bala” katanya ketika ditemui di pejabatnya pada Jumaat.

Dr. Harussani juga turut menasihatkan orang ramai untuk memahami ilmu agama dengan lebih mendalam supaya setiap perbuatan tidak akan bercanggah dengan fahaman agama Islam.

“Saya harap orang ramai faham kehendak agama, belajar dan kenal Allah S.W.T serta hukum-hukumnya.

“Memang kita digalak menjadi liberal, tetapi liberal dalam soal pembangunan, jangan sampai kita mencabar tuhan dan mengubah hukumnya sendiri,” ujarnya.

Menurut laman portal Malaysian Insider,  Mahkamah Rayuan pada Jumaat telah mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah tidak berperlembagaan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan sebulat suara itu bermakna undang-undang yang sama di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan juga tidak sah dan batal, katanya portal tersebut.



sumber: astroawani

Khamis, 6 November 2014

Terkini: Seorang ADUN UMNO BN Perak kritikal di Hospital..?


Menurut sumber mengatakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dari utara di-negeri Perak telah dimasukkan kesebuah hospital swasta terkenal di Pulau Pinang kerana dikatakan untuk menjalani pembedahan hati berikutan ada batu dalam hati beliau.

Keadaan ini dapat disahkan apabila beberapa aktiviti yang melibatkan beliau di DUN tidak kelihatan dan khabarnya majlis bacaan Yassin telah dibuat untuk beliau beberapa hari lalu.

Sekarang ini timbul persoalan dikalangan ahli dan penyokong ADUN UMNO BN sendiri apabila beliau gagal hadir tanpa sebarang sebab atau alasan dan mengapa merahsiakan tentang keadaan kesihatan ADUN mereka...tambah menjadi persoalan ialah dimana beliau untuk diziarah dan ada yang kata beliau kritikal.