Pengikut

Sabtu, 14 Mei 2011

Gambar : Semakin Melampau !!! Video Lucah Disebar Di Progam Pakatan Rakyat VCD rakaman video seks dan risalah diedarkan ketika program anjuran Pakatan


VCD rakaman video seks dan risalah diedarkan ketika program anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Selayang malam tadi. — Foto oleh Jack Ooi
Penyokong Pakatan Rakyat mengumpulkan VCD dan risalah berkaitan isu video seks yang diedarkan di luar Stadium Selayang, malam tadi. — Foto Jack Ooi
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Umno menjadi dalang mengedarkan VCD seks ketika program Pakatan Rakyat di Stadium Selayang. — Foto oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 15 Mei — Program Pakatan Rakyat di Stadium Selayang dekat sini malam tadi, sekali lagi menjadi sasaran pengedaran VCD rakaman video seks, yang didedahkan “Datuk T” Mac lalu dan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemimpin-pemimpin Pakatan mendakwa perbuatan itu didalangi oleh Umno.
Selain mengedarkan VCD itu, risalah berkaitan video seks turut diedarkan di luar stadium - yang secara jelas mahu menjejaskan kredibiliti Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PKR.
Dalam risalah yang diedarkan itu, selain memaparkan gambar pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” pada 21 Mac lalu turut tertera perkataan “tak perlu jadi seorang pakar jika ingin buktikan sesuatu!!!, anda sendiri boleh lakukan”.
Ekoran pengedaran VCD dan risalah itu, petugas Pakatan Rakyat mengumpulkan kesemua VCD dan risalah dipercayai untuk dimusnahkan.
Pakatan Rakyat menganjurkan program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang.
Turut hadir Anwar, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat.
Menurut Khalid, beliau kesal dengan tindakan Umno yang mengedarkan VCD rakaman video seks itu untuk menjatuhkan imej Anwar dan kerajaan negeri Selangor.
“Mereka edarkan video lucah. Ini kerja bodoh di negeri yang kaya dan ia satu kerja yang tida patut dilakukan rakyat Selangor.
“Kita nak jadikan Selangor ini negeri membangun, mewah dan dirahmati Allah tapi Umno bawa VCD tak guna ini, kalau nak tolong rakyat selesaikan masalah rakyat.
“Ini yang Umno tak boleh buat, apa yang mereka boleh buat edarkan VCD, tak guna ini,” kata beliau ketika berucap.
Tegas beliau, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan mempedulikan strategi kotor digunakan Umno-BN untuk merampas semula Selangor.
Sebaliknya, tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor akan bekerja kuat bagi memastikan nasib rakyat di negeri itu terbela.
“Saya tidak ada masa untuk VCD buruk ini, saya akan terus bekerja keras untuk bantu rakyat.
“Rakyat pilih kita untuk buat perubahan dan ini yang akan kita buktikan,” katanya.
Semalam PKR Selangor menggesa polis menjelaskan pendirian pihaknya ekoran tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebar VCD rakaman video seks ketika ceramah “Jelas — Tawan Malaysia!” anjuran parti itu di lokasi berlainan kelmarin.
The Malaysian Insider difahamkan VCD itu diedarkan ketika ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat khususnya PKR di seluruh negara sejak lebih seminggu lalu.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, ceramah “Jelas — Tawan Malaysia!” di Kampung Jalan Kebun dan Kampung Melayu Subang telah dicemari dengan pengedaran VCD lucah dan poster propaganda bergambarkan wajah Anwar.
Ia diletakkan pada cermin kereta hadirin ceramah kedua-dua dua lokasi terlibat, kata Shuhaimi sambil menyifatkannya “mainan politik kotor tidak bertanggungjawab yang amat dikesali.”
Awal bulan lalu, klip rakaman aksi seks disebarkan menerusi Internet dan polis berjanji akan menyiasat siapa yang bertanggungjawab ke atas tindakan memuat naik bahan itu.TMI

Dr Wahbah : 'Anwar Perlu Terus Mengadu Ke Hadrat Allah'


SHAH ALAM, 15 MEI : Ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berdepan dengan kes rakaman video fitnah seksnya, “sangat wajar mengadu terus ke hadrat Allah S.W.T.”

“Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke hadrat Allah s.w.t dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh-temeh ini,” kata beliau pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

Semalam, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Ucapan Dr Wahbah telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Rakaman video seks yang didakwa pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu didedahkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu dan semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, analisis pakar dari Amerika Syarikat mengesahkan ia sebagai tulen.

Dalam pada itu Dr Wahbah menambah, peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam.

Katanya, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi.

“Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral,” tegasnya.

Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri.

Dr Wahbah juga menyatakan al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar.

Tegasnya lagi, jika si penuduh gagal membawa empat saksi adil itu, mereka adalah pendusta atau munafik.

Beliau juga menyebutkan saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya.

“Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan, Islam menolak kesaksiannya,” tegasnya yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H.

Menjawab soalan yang berkisar tentang video seks, DNA dan Anwar, Dr Wahbah menolak dengan sekeras-kerasnya dengan jawapan tegas.

Menurutnya, beliau menyebutkan pernah berlaku di Mesir di mana perkara dilakukan kepada seorang ulamak yang dilakukan superimpose bagi menampakkan beliau sedang menari dengan artis menggunakan alat moden.

Malah, ujarnya, Majma’ Fiqhiah Islami Makkah menolak isu ini kerana ia adalah rekaan dan kerenah kecil sahaja.

Tiada pakar juga menjadi punca penolakan itu kerana asasnya tidak kuat, malah mahkamah antarabangsa juga tidak menerima sesuatu kes sewenang-wenangnya.

“Umat Islam hendaklah mengambil syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,” jelas beliau.

Dr Wahbah menggesa umat Islam segera mengambil iktibar dari semua peristiwa yang Allah s.w.t. datangkan seperti tsunami dan gempa bumi akibat daripada sikap dan amalan manusia mutakhir.

Beliau dalam lawatan ke negara ini selama empat hari dan berakhir hari ini.

Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam.

Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.

Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.- TVS NEWS