Pengikut

Ahad, 24 Februari 2013

Selamat Bertunang Leman Raja Lawak dan Nurul


Berlawak, berjuang dan kini dah bertunang : Sulaiman Ibrahin 32, atau lebih dikenali Leman Raja Lawak telah selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita pilihan hatinya yang berasal dari negeri Pantai Timur tanahair pada sabtu 23 Feb 2013.


Wanita bernama Nurul Aini Lee telah selamat dilamar  keluarga Leman Raja Lawak yang diwakili oleh ibu saudara Leman didalam majlis pertunangan tersebut.

Bagaimanapun Leman Raja Lawak yang juga Ikon Anak Muda PAS dan presiden bagi PANGLIMA (NGO) tidak pula menyatakan bilakah tarikh pernikahan bakal barlangsung ketika Orangni menghubungi beliau.

"Perkenalan kami berdua hanya dalam masa lebih kurang 2 minggu saja, sekarang dah bertunang..tapi inilah mungkin jodoh untuk saya yang telah ditetapkan oleh-Nya "- ujar Leman RL ketika dihubungi Orangni.

Sebahagian daripada  "Hantaran" dimajlis pertunangan Leman Raja Lawak
Ibu Saudara Leman menyarungkan cincin pertunangan dijari Nurul Aini
Nurul Aini Lee: Sah sebagai tunangan Leman Raja Lawak
.......................................................
Semoga disatukan dan berkekalan....amim....
Orangni : Minta sorry sebab tak dapat follow majlis ini atas sebab-sebab yang menjadi sebab tak boleh ikut..hehehe... Apapun diucapkan selamat bertunang buat Leman dan Nurul Aini......Orang Melayu kata  bertunang ni darahnya manis, jangan tunggu lama-lama...hahaha....

Khamis, 21 Februari 2013

Zambry Kadir MB Teramat Bodoh Dan Paling Celaka..!!! - Bekas Tentera

21 Feb 2013: ADTEC Taiping Perak -- Masa yang tertera dalam surat yang diterima ialah jam 12:00 penerima Sumbangan Veteran ATM Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) perlu hadir dengan berpakian kemas dan bersesuaian.
Surat SVTB1M: Masa Jam 12:00,tiada ditulis  Zambry nak datang
Biasalah bagi anggota ATM walaupun dan tidak berkhidmat tapi bab displin masa dan pakaian amat sinonim dalam penugasan dahulu. Jadi ada yang datang seawal jam 11:00pagi ke ADTEC Taiping untuk menerima SVTB1M sebanyak RM1000 yang dijanji Capatikan.

"Dalam surat yang Pak Cik terima tak ada pula tulis nama Zambry Kadir datang nak bagi ucapan pada  jam 3:30ptg ". " Sudah lah kami datang hampir dah 3jam lebih, kena tunggu Zambry pula baru dapat tunaikan baucer ni" - kata salah seorang penerima  yang Orangni temui disini.
Tiba-tiba pula banner haram ini dinaikan.. Zambry datang menyibuk jam 3:30ptg
Seorang tentera berpangkat koperal memberi tahu kepada Orangni bahawa penerima baucer bekas tentera di ADTEC ini ada mereka yang datang dari jauh seperti dari Selama Perak,kerana dimaklumkan senarai penerima kali ini diberi kepada bekas tentera yang tidak berpencen yang menetap di Daerah Larut Matang dan Selama.

Menyanyatkan hati apabila Orangni tengok ada dikalangan penerima yang uzur dikerah datang juga demi RM1000 yang diumpan UMNO BN kepada bekas anggota tentera yang tidak berpencen.

Ada yang berkerusi roda,hilang penglihatan (Buta), bertongkat dan ada yang terpaksa didukung oleh ahli keluarga untuk datang ke majlis ini kerana amat uzur, timbul persoalan dalam fikiran Orangni tidak bolehkah wang RM1000 ini dihantar terus kealamat penerima atau terus di masukan kedalam akaun. Sebab diantara syarat penerima ini mestilah membuka akaun bank menurut sumber yang diterima.
Letih menunggu Zambry...
Bertongkat veteran ATM ini
Berkerusi roda
Pak Cik bertongkat ini hilang penglihatan  terpaksa datang ditemani isterinya
Memang dasar lanun tak guna punya MB Zambry Kadir, demi kepentingan politik UMNO BN lebih kurang 2700 bekas tentera terpaksa menunggunya hampir 3 jam.

Habis semua orang-orang berkepentingan dalam UMNO BN sekitar Taiping turun, YB Rosli,YB katak Osman Jailu,Nyonya Gerakan Tian Lian Hoe, Dato Shalimin dan ramai lagi semua ikut bontot Zambry Kadir, dah macam program anjuran khas UMNO BN saja, pegawai-pegawai tentera yang dok ada macam jadi pak turun saja bagi majlis ini.
Semua gerombolan UMNO BN datang demi kepentingan politik 
Sudahlah lewat, Zambry dalam ucapanya didewan ADTEC  berceramah kempen politik pula kepada bekas-bekas tentera yang mejoritinya dah fedup tengok muka lanun MB Haram ini.

Antara ucapan Zambry MB Haram "kita hendaklah berterima kasih kepada PM yang bagi RM1000 ini kepada tuan-tuan,kita harap lepas ni pemberian ini dapat diteruskan dan tuan-tuan kena sokong kerajaan yang ada" 

"Piii....raahh....ingat itu semua duit Najib ka...? Bodoh punya MB Haram...!!!" - kata salah seorang bekas tentera kebetulan kat sebelah Orangni didalam dewan ADTEC...hahaha....

Paling celaka ialah pihak Urusetia program penyerahan SVTB1M berkata  baucer yang diterima hari ini hanya boleh  ditunaikan selepas Zambry Kadir berucap dan baucer tersebut jika ditukar dibank akan ambil 2 minggu untuk ditunaikan. 

Sebenarnya baucer ini boleh ditunaikan dibank-bank berkaitan pada bila-bila masa, perkara disahkan apabila ada salah seorang penerima SVTB1M memberi tahu (Telipon) rakan-rakan di ADTEC beliau sudah tunaikan baucer RM1000 tersebut setelah balik dari  ADTEC kerana ada urusan kerja dan ke disebuah bank. Pihak bank menyatakan baucer tersebut boleh ditunaikan pada bila-bila masa sehingga Mac.

Nah..!!! Demi politik UMNO BN Zambry Kadir sanggup menipu dan menyusahkan bekas-bekas tentera tidak berpencen....celaka..celaka...celaka UMNO BN...!!!!!!

~ Sumber: Orangni dilokasi walaupun tidak terlibat tapi tergerak untuk ingin tahu sehingga selesai 07:40ptg.....