Pengikut

Sabtu, 27 Julai 2013

Tiada Gigi Punca Mati kata Rahim Ahmad

KUALA SELANGOR - Kelaparan disebabkan tidak makan gara-gara tiada gigi dikenal pasti menjadi punca kematian buaya yang ditemui dua nelayan di Jeti Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing, kelmarin.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Rahim Ahmad berkata, faktor usia mungkin menyebabkan struktur gigi rapuh sehingga menyukarkan buaya itu meneruskan ikhtiar hidup dan makan seperti biasa.

Menurutnya, buaya terbabit adalah jantan berusia lebih 70 tahun dan hasil bedah siasat awal mendapati dalam perut buaya berkenaan kosong dipercayai tidak makan dalam tempoh agak lama, manakala ia sudah mati sejak dua atau tiga hari lalu.

Bagaimanapun katanya, pihak Perhilitan masih menunggu keputusan bedah siasat lebih terperinci dalam tempoh dua minggu lagi selepas organ penting buaya terbabit dihantar ke makmal di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun.

"Selangor pertama kali menerima aduan seumpama ini dan sememangnya Sungai Selangor dikesan mempunyai habitat buaya jenis itu. "Saiz buaya air tawar seberat 1,000 kilogram itu adalah normal di kawasan ekosistem yang sihat seperti di Sungai Selangor," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau bagaimanapun menolak kemungkinan pencemaran air menjadi punca kematian buaya terbabit.

Rahim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan buaya yang ditemui mati itu mempunyai pasangan, namun meminta penduduk di kawasan berkenaan tidak panik kerana haiwan tersebut tidak mengganggu manusia.

“Pihak kami akan sentiasa melakukan pemantauan di sungai dan sebarang maklumat boleh hubungi Perhilitan dengan segera,” katanya. Sementara itu, Ketua Kampung Bukit Belimbing, Samsudin Idris berkata, meskipun terkejut dengan penemuan bangkai buaya itu, namun nelayan masih turun ke sungai seperti biasa.

Jumaat, 26 Julai 2013

Ramadhan Kali Ini UMNO BN Lupa Sogokan Tahun Lepas

Dalam pertengahan ramadhan camni dalam tahun lepas Orangni dah terima kad raya warna biru berlogo 1Malaysia dari Najib,bukan-nya Orangni nak sangat kad raya dari puak pemimpin UMNO Al Munafikun ni...cuma teringat dalam ramadhan tahun lepas puak UMNO mengila vavi bagi macam-macam kat rakyat sebab PRU-13 masih jadi tanda tanya tarikhnya angkara Najib amat kecut thelur...hehehe...

UMNO Perak contohnya...dalam ramadhan tahun lepas Zambry Kadir siap adakan tin-tin biskut yang dichop muka Zambry Kadir,tambah gila lagi tok-tok imam masjid pun turut disogok dengan jubah khas konon-nya dari Najib...tapi ramadhan tahun ni rasanya takda kot.....hahaha....
Sogokan UMNO ramadhan tahun lepas...
Kad raya dari seorang YB UMNO yang akhirnya tewas dalam PRU-13
http://orangni.blogspot.com/2012/08/umno-bukit-gantang-kirim-kad-raya.html
Tin Biskut Raya dari Zambry Kadir pada ramadhan tahun lepas
http://orangni.blogspot.com/2012/08/bergambar-rasuah-janji-dicapati-umno_13.html
Jubah buat tok imam...tahun ini tarak le....hehehe...
http://orangni.blogspot.com/2012/08/gempar-rasuah-jubah-janji-dicapati-dari.html
Segala pemberian dari UMNO Munafikun ini Orangni ibaratkan seperti "burung gagak dicelup tepung tidak akan menjadi putih..." korang faham ke..??? Hahaha....