Pengikut

Sabtu, 26 Oktober 2013

PRK Sungai Limau : Kempen Luar Kotak UMNO Kantoi

Sebenarnya kempen Luar Kotak (LK) atau yang maksud-nya kempen yang tidak dijangka oleh akal oleh UMNO BN dalam kempen di PRK Sungai Limau sebenarnya sangat senang dinilai atau difikirkan oleh manusia normal. Kat sini Orangni nak kongsikan beberapa diantara kempen LK yang dah kantoi...sebenarnya semua-nya itu perkara biasa-biasa saja,apapun saja Orangni nak kongsikan juga...hahaha...
Kempen luar kepala otak UMNO yang kantoi...hahaha..
Bagi mereka yang berakal dunggu seperti penyokong kuat UMNO saja mungkin berkata inilah kempen yang yang hebat serta mungkin pihak lawan tak terfikir...hakikatnya sejak mula penamaan calon pada 23 Okt lalu kempen luar kotak dari kepala otak Mukhriz sudah dapat dilihat atau sudah kantoi.

Kempen luar kotak dari ideal Mukhriz ini hanyalah recycling dari apa yang selalu dibuat oleh lanun-lanun UMNO sebelum ini:

Kempen LK cara Rasuah -  Dilakukan dengan penuh teliti supaya pihak UMNO tidak boleh didakwa,walaupun dari segi pemberian,sogokan dan harapan semuanya terang-terang rasuah

Kempen LK cara Berlakon - Perkara ini amat jelas dapat dilihat, Tak pernah-pernah pakai kopiah putih tiba-tiba Mukhriz,Calon dan yang lain memakai kopiah putih. Banner-banner pelik berwajahkan manusia munafiq memakai kopiah putih sedang berdoa juga banyak dinaikan.

Kempen LK Ajak Berdamai - Kempen cara ajak bersatu atau berdamai ini di ketuai oleh Bapa Biadap Si Muhiyddin Yassin sendiri. Seperti hilang akal_kempen Luar Kotak ini memperlihatkan UMNO terpaksa mengulang-ulang konon-nya ingin bersatu dengan PAS dengan berbagai alasan yang penuh muslihat kotor. 

Kempen LK cara Biadap - Ini juga dilakukan oleh Muhyiddin...tanpa rasa bersalah Bapa Biadap ini mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis.

Kempen LK cara hiburan - Ini dilakukan untuk golongan muda. Seramai 20 artis telah dikutip oleh Mukhriz untuk tujuan kempen diSungai Limau. 

Kempen LK cara lawak bodoh - Ini salah satu kempen hebat_UMNO tuduh pihak pembangkang punca kenaikan harga barang dalam negara....

Kempen LK cara Rasuah 
Kempen LK cara Berlakon
Kempen LK Ajak Berdamai 
Kempen LK cara Biadap

Kempen LK cara hiburan
Kempen LK cara lawak bodoh

..........................

PRK Sungai Limau : UMNO Guna Kempen Cara Biadap

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan kempen yang tidak berakhlak dan tidak beradab.

Muhyiddin hari ini cuba mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis.

Jelas Mahfuz, kenyataan Muhyiddin itu tidak berakhlak khususnya kepada ahli keluarga Allahyarham iaitu isteri dan anak-anaknya.

"Kenapa hendak kaitkan keputusan pemotongan subsidi gula dengan Allahyarham yang potong kaki.

"Jangan guna orang yang dah mati untuk menghalalkan mereka menaikkan harga gula," tegas Mahfuz kepada Harakahdaily.

Katanya, Muhyiddin langsung tidak ada rasa hormatkan isteri dan ahli keluarga Allahyarham.

Justeru, Mahfuz menggesa Muhyiddin memohon maaf kepada isteri dan anak-anak Allahyarham serta seluruh pengundi Sungai Limau yang rata-rata begitu rapat dengan Allahyarham.

Hari ini, Muhyiddin dalam majlis pertemuannya bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya.-hd