Pengikut

Jumaat, 28 Mac 2014

MH370: Pesawat yang terlibat mencari MH370 terhempas

-----------
NEW DELHI: Sebuah pesawat kargo C-130J Hercules yang membawa lima anak kapal terhempas pada Jumaat di tengah India, kata seorang jurucakap Tentera Udara.

Kapten kumpulan, Gerard Galway berkata, Tentera Udara sedang melakukan proses pencarian lokasi kemalangan yang berlaku di pinggir Gwalior di Madhya Pradesh.

“Operasi menyelamat sedang dijalankan. Kami cuba untuk mengetahui keadaan mangsa,” katanya kepada AFP.

Walau bagaimanapun, rangkaian berita NDTV India berkata, semua anak kapal yang berada di atas pesawat itu meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.

Pesawat itu dalam penerbangan rutin dan berlepas dari sebuah pangkalan udara di bandar pelancongan di Agra.

Pesawat operasi khas berkenaan dilaporkan pernah digunakan semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 baru-baru ini.

Ia juga digunakan dalam operasi bantuan banjir di Uttarakhand dan bagi tujuan pendaratan Daulat Beg Oldie berhampiran sempadan China, kata NDTV.-Ms.

Rabu, 26 Mac 2014

MH370: Najib dan Rosmah melaram di Laureus World Sports Awards dikala dunia meratap kehilangan MH370

-------------------
Lihatlah...

Perdana Menteri Malaysia.. Najib Razak dan isterinya DS Rosmah...

Dikala dunia dan khususnya keluarga waris mangsa pesawat MH370 yang sedang berduka,tapi Najib dan Rosmah bukan main melaram macam tiada apa yang berlaku di-majlis Anugerah Laureus Sukan Dunia (Laureus World Sports Awards) yang berlangsung di Istana Budaya Kuala Lumpur.

Bukan-nya nak pertikaikan tugas Najib seorang PM....tapi berpada-padalah dengan keadaan sekarang,tak boleh ke wakil kat menteri lain.
21 Mac 2014...Najib pakai jubah,pakai kopiah putih dan Rosmah bertelekung berselawat Perdana Konon-nya..
26 Mac 2014... Dah jadi lain pula Najib dan Rosmah...melaram di Laureus World Sports Awards.
Sebelum ni bukan main nampak ok Najib ketika majlis Selawat Perdana,dengan jubah putih dan berkopiah putih...sekarang dah berkepit dengan Rosmah dengan rambut terjojol...tak rasa munafik ke..????