Pengikut

Jumaat, 25 Mac 2011

LORI AYAM@MANOK UMNO BN DAH SAMPAI SARAWAK....


INILAH HANTU JEMBALANG YANG SEBENAR DARI SEMENANJUNG..!!!!



AKU DAH AGAK....
LORI AYAM@MANOK UMNO BN DAH SAMPAI SARAWAK.....
Setiap kali ada PRK dilaksanakan di Semenanjung sejak kebelakangan ini pasti kelibat lori-lori ayam UMNO yang berslogankan "1Melana" akan datang tanpa di-undang.. Baru2 ini SPR ada mengingatkan kepada semua parti politik dilarang melakukan perkara rasuah atau sogokan dalam masa berkempen...Nah sekarang sebelum berkempen lagi sudah dilaporkan lori-lori Manok UMNO BN sudah pun parking di Bumi Kenyalang...
Siap sedia wahai Bumi Kenyalang.....Lori Manok UMNO BN akan menhiburkan Batang Ranjang sehingga menjadi "Tegang".



Wall Photo : Madzamtoklah Madzam
NGO 1M'sia kini di Kuching, ditaja jutawan


Menjelang pilihan raya negeri Sarawak, NGO 1Malaysia mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan siri jamuan makanan percuma dan pertandingan untuk penduduk Kuching - semuanya ditaja oleh seorang jutawan.




Menurut satu laporan dalam akhbar harian berbahasa cina, China Press, perkara itu diumumkan oleh penyelaras NGO tersebut, Sia Teck Keong dalam satu kenyataan semalam.


Sia berkata, objektif aktiviti tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan tersebut, tegasnya lagi, adalah sebuah NGO bebas tanpa sebarang kaitan politik, dan kos operasinya ditanya oleh seorang jutawan yang menyokong konsep 1Malaysia.

Beliau tidak mendedahkan identiti jutawan tersebut.

NGO itu akan menganjurkan satu pertandingan bola keranjang di Batu Lintang pada hari Sabtu, satu majlis makan malam mega di Kenyalang keesokan harinya dan satu jamuan makanan Indonesia di Pusat Maklumat Islam di Kuching pada 2 April.

Semua majlis tersebut adalah terbuka kepada orang ramai.

Ulasan GB

NGO 1 Malaysia inilah yang telah membawa penari-penari separuh bogel yang mengadakan persembahan-persemabahan di majlis-majlis makan malam yang mereka anjurkan di dalam beberapa siri pilihanraya-pilihanraya kecil di Semenanjung.

Inilah "hantu jembalang" yang sebenarnya, jika TPM, Muhyiddin Mohd Yassin ingin tahu. Kerana mereka tidak mendedahkan siapa penaja mereka yang sebenarnya.

Namun UMNO BN amat mengharapkan kedatang "hantu jembalang" ini untuk menarik para pengundi kaum bukan-Islam khususnya untuk mengundi mereka.

Dan jawapannya: di PRK Tenang, Allah menurunkan balaNya dengan banjir seluruh daerah Segamat sewaktu pilihanraya berlansung.

Tidakkah kita sendiri telah melihatnya?

Tiada ulasan:

Catat Komen