Pengikut

Sabtu, 7 Mei 2011

[GAMBAR] OSAMA BIN LADEN DAN KELUARGA

Dilahirkan dengan nama Usamah bin Mohammed bin Awad bin Laden pada 28 Jun 1957 di kota Jeddah, Arab Saudi, kawasan pantai Laut Merah. Osama adalah anak ke 17 dari 52 orang bersaudara.

Osama adalah bekas mahasiswa Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah, di mana salah seorang di antara gurunya, ialah Sheikh Abdullah Azzam. Guru Abdullah Azzam inilah yang kemudian diketahui sebagai tokoh utama yang memainkan peranan menggerakkan sokongan kepada bangsa Arab bagi kaum Mujahidin yang berperang melawan kependudukan Russia di Afganistan. Osama bin Laden lulus pengajiannya dan mendapat ijazah sarjana tahun 1979 dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan.

Osama bin Laden mula membangunkan jaringan komunikasinya pada tahun 1979 ketika beliau ke Afganistan menyertai Mujahidin yang bertempur melawan Kesatuan Soviet. Osama mengeluarkan dana daripada aset kekayaannya dan pengaruh keluarganya bagi gerakan pertahanan Afgan, dan membantu kaum Mujahidin dengan bantuan logistik dan bantuan kemanusiaan. Osama juga terlibat mengambil bahagian dalam beberapa pertempuran selama perang Afganistan.

Ketika peperangan melawan Soviet hampir berakhir, Osama menubuhkan gerakan Al Qaeda, sebuah organisasi bekas pejuang Mujahedin dan para penyokong lainnya yang membantu menyalurkan dana dan pasukan pejuang untuk gerakan pertahanan Afgan.


Gambar ini di ambil pada tahun 1988, ketika Osama sudah menempa nama sebagai seorang pejuang.

"Jika dorongan untuk berjihad melawan Yahudi dan Amerika demi membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Kaabah dianggap jenayah, maka biarlah sejarah menjadi saksi bahawa saya adalah seorang penjenayah."

Dengan AK-47 yang diambil dari askar Russia yang beliau bunuh semasa perang mengusir Soviet dari Afghanistan.

Dari kiri, jurucakap al-Qaeda Suleiman Abu Ghaith, Osama, Ayman al-Zawahiri dan Muhammad Atef ketua tentera organisasi Al-Qaeda.

Dipercayai selepas 11 September, Osama dan timbalannya Ayman al-Zawahiri bersembunyi di pegunungan sepanjang sempadan Afghanistan-Pakistan.

Selepas Sudan, Osama kembali ke Afghanistan, di mana beliau membentuk perikatan dengan Taliban. Gambar ini diambil dari sebuah video latihan al-Qaeda dikeluarkan pada bulan Jun 2001.

Anak lelaki Osama bersama isteri, Zaina - juga dikenali sebagai Jane Felix – Browne.

Lukisan gambar ayah Osama - Muhammad bin Laden, seorang yang sangat kaya-raya.


Osama bin Laden semasa berumur 16 tahun pada tahun 1973.

Anak sulung dengan Najwa, Abdullah semasa mereka sekeluarga berada di Sudan pada 1993.

Anak keempat dengan Najwa, semasa tinggal di Khartoum, Sudan pada 1994.

Anak Osama - Omar semasa berada di Arab Saudi pada tahun 2007.

Osama bin Laden semasa berada di Afghanistan pada tahun 1984.

Osama (dalam bulatan) bersama 22 orang adik beradik semasa bercuti di Sweden pada 1971, ketika berumur 14 tahun.

Anak-anak Osama - Fatima, Sa’ad, Omar, Mohammed, Osman, and Abdul Rahman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan