Pengikut

Ahad, 29 Mei 2011

Jangan percaya 'senyuman beracun' Najib

KERDAU, 29 Mei: Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu meminta PAS agar jangan sesekali mempercayai Umno yang pernah mengainaya parti itu sewaktu berada dalam Perikatan.
Membidas 'lamaran' Perdana Menteri, Datu Seri Najib Razak di Terengganu baru-baru ini agar PAS bersatu dengan Umno dan 'bercerai' dengan DAP beliau berkata, PAS sudah mendapat pengajaran besar sewaktu bersama Umno Dahulu.

Sewaktu ke Terengganu, Najib kata PAS cerailah dengan DAP.DAP banyak penyakit. Saya nak kata, DAP cuma ada penyakit gatal sahaja, letak ubat boleh baik tapi Umno ada penyakit Aids, tak boleh ubat dah.

"Kita dah ada pengalaman bersama Umno.Jangan percaya senyum Umno kerana senyumannya beracun.

"Sekali kau hulur tangan, akan ku tampar segera," katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau malam tadi.

Kata-kata itu turut disambut gelak ketawa hampir 5,000 yang hadir memenuhi kawasan padang.

Katanya lagi Umno terpaksa menggunakan isu perkauman yang melampau untuk mewujudkan kebencian rakyat terhadap Pakatan Rakyat selepas isu pembangunan tidak lagi berjaya mempengaruhi minda rakyat yang celik maklumat.

Utuk memastikan Umno BN kekal berkuasa, mereka memainkan isu perkauman melalui akhbar milik mereka, Utusan Malaysia.

Katanya, tiada sebarang tindakan diambil ke atas Utusan meskipun memainkan isu perkauman kerana dilindungi Kementerian Dalam Negeri.

"Bila sebut Utusan tak boleh dipisahkan dengan Umno, ibarat kentut dengan tahi.

"Baru-baru ini Utusan laporkan ada usaha DAP untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi jadi mangsa padahal ia diambil dari tulisan blog sahaja.

"Tapi sebab Utusan yang lapor, selamatlah.Kalau Harakah atau Suara Keadilan yang lapor, semua sekali daripada ketua pengarang sampailah yang jual suratkhabar kena tahan," kata beliau.

Menurutnya, isu perkauman juga menjadi peluru Umno BN untuk menghancurkan Pakatan Rakyat setelah tiada modal untuk memburuk-burukkan negeri Pakatan Rakyat.

"Miti melaporkan kemasukan pelabur asing tertinggi ialah Pulau Pinang, kedua Politik Selangor, ketiga Kedah.

"Laporan audit pula menunjukkan negeri terbaik menguruskan kewangan Pulau Pinang dan yang terburuk di Pahang.Pahang siapa pemerintahnya?" Soalnya dan disambut laungan "Umno...." oleh hadirin yang hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan