Pengikut

Rabu, 18 April 2012

[Gambar & Vedio] Pejuang PAS 1964 dikenang dan dihargai – PAS Kawasan Bukit Gantang

PAS Kawasan Bukit Gantang ~ Dibawah kelolaan Lajnah Penerangan Kawasan serta Lajnah Kebajikan Kawasan baru-baru ini telah berjaya  menjejaki 3 tokoh pejuang awal PAS disini yang dahulunya  Palimen   Bukit Gantang ini di panggil Parlimen Larut Selatan. 

3 orang tokoh yang dijejaki ialah Bekas Calon PAS 1964 iaitu  Allahyarham Tn Haji Idris  B. Bashah,Allahyarham Tuan Adnan B. Mohamad sebagai Wakil Calon dan Sauadara Mohamad B. Din yang satu-satunya tokoh yang masih ada dan masih ingat sejarah silam. Mohamad B Din telah menceritakan segalanya didalam mengharungi  perjuangan  bersama PAS pada peringkat awal penubuhan disini. 

Mohamad B. Din yang mesra dipanggil Pak Mat adalah sahabat karib kepada Allahyarham Tuan Haji Idris dan Allahyarham Tuan Adnan pada zaman tersebut . Pak Mat adalah  AJK ranting (Ranting adalah Cawangan ketika ini) juga seorang pemandu calon PAS pada waktu pilihanraya 1964.

Puan Saerah anak kepada Allahyarham Calon PAS 1964 Hj Idris Bashah menerima Anugerah Jasamu Dikenang dari  Ustaz  Idris,kelihatan YDP Bukit Gantang dan Ketua Lajnah Kebajikan

Saudara Zubir menerima  Anugerah Jasamu Dikenang bagi pihak ayahandanya Allahyarham Adnan Mohamad.

Pak Mat  menitiskan air  terharu  dengan anugerah  yang terimanya

15 April 2012- PAS Kawasan Bukit Gantang telah meraikan tokoh pejuang ini serta wakil tokoh dengan  menyampaikan “Anugerah Jasamu Di-kenang “ kepada tokoh dan waris kepada tokoh tersebut  bagi menghargai segala jasa perjuangan mereka terhadap PAS di Bukit Gantang Khususnya. Anugerah ini disampaikan oleh Ustaz  Idris Bin Haji Ahmad (AJK PAS Pusat)didalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahuanan PAS Kawasan Bukit Gantang disini.

Klip Vedio  "Nostalgia Seorang Pejuang"  ini di tayangkan kepada semua hadirin sebelum anugerah disampaikan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan