Pengikut

Selasa, 29 Mei 2012

Tahniah kepada Polis Simpang Taiping dan Unit Amal PAS Bukit Gantang kerana amalkan demokrasi dan intergriti


Dipercayai orang  UMNO (Cekak pinggang) yang tidak puas hati dengan kehadiran ramai penyokong PAS ke tapak ceramah. 

JKKK sedang berbincang dengan Unit Amal PAS bagi mententeramkan keadaan

Kelihatan anggota JKKK dan Unit Amal  mendengar nasihat dan akur dengan arahan pihak Polis

Jabatan Pertahanan Awam (JPA) pun turut turun padang memantau setuasi

28 mei 2012 – Taman Berkat Simpang berlaku satu eksiden kecil apabila ada pihak cuba mengagalkan program ceramah anjuran PAS Taman Berkat. Menurut maklumat dari lokasi kejadian keadaan menjadi sedikit tegang apabila sebilangan kecil yang dipercayai ahli UMNO cuba menghalang  penduduk tempatan  mengunakan   jalan taman  untuk menuju ke lokasi ceramah yang berlangsung dihadapan markaz PAS disini. Mereka  melakukan ini dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. Keadaan ini menyebabkan pihak Polis dari Balai Simpang tiba kelokasi bagi menjernihkan keadaan.

Menurut  sumber  dari  seorang  ahli PAS disini  mendakwa  bahawa sudah 2 kali sebelum ini program ceramah anjuran PAS Cawangan Taman Berkat Simpang yang bertempat di hadapan Markaznya  cuba diganggu oleh pihak yang dipercayai penyokong UMNO dan kedua-dua rancangan tersebut  gagal. Ceramah tetap berlangsung dengan jayanya tanpa kejadian yang tidak di-ingini.

Untuk  cubaan kali ke-3  mereka  bagi  mengagalkan ceramah PAS  juga gagal dan  kali ini ianya berjaya diselesaikan dengan aman dan  keadaan  kembali normal apabila pihak keselamatan dari Balai Polis Simpang dan Unit Amal PAS Bukit Gantang  berjaya  mententeramkan keadaan tanpa sebarang kejadian yang tidak di-ingini. PAS Kawasan Bukit Gantang merakam  ribuan terima kasih kepada pihak Polis Balai Simpang dan JPA yang hadir pada malam tersebut ,begitu juga diucapkan terima kasih kepada pihak yang tidak puas hati  pada awalnya dapat menerima segala arahan dan akur dengan semua kehendak pihak keselamatan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan