Pengikut

Ahad, 17 Jun 2012

[ Bergambar ] Muhyiddin tabur janji RM 3 juta setelah dapat 1 memorendum 1 Usul dan 3 kali minta hadirin tepuk tangan di ADTEC Taiping


17 June 2012- Bukit Gantang Perak  ~Ibarat dilempang kiri kanan setelah jatuh dari tangga…begitulah nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertandang ke Parlimen  Bukit Gantang hari ini.

Lempang kiri :  Pada lawatan sebelah pagi  di program minum teh di pasar minggu Changkat Jering,  Muhyiddin  telah menerima  memorundum bantahan  projek berkaitan  projek lebuhraya Banting Selangor /Lebuhraya pesisiran pantai. Disini dapat dilihat  dah ada orang UMNO yang bantah projek UMNO secara terbuka. Memoredum itu juga berserta usul  yang mahukan semua bakal calon UMNO yang akan bertanding dikehendaki membuat sumpah laknat atau akuan bersumpah bahawa  tidak akan melakukan rasuah atau salahguna kuasa….( Boleh percaye ke…??? Hehehe…)[KlikSini]

Lempang kanan : Pada jam  1100pg TPM sampai ke padang ADTEC untuk  program “Janji Ditepati”. TPM diarak dengan konvoi anak muda upahan yang diberi RM30 seorang menurut seorang anak muda yang aku tanya disini. Dengan kehadiran yang disahkan sendiri oleh Zambry semasa berucap dipentas hanya 70ribu saja.  Apa barang 70ribu..?? Siap disediakan  beratus bas sewa disediakan hanya 70ribu saja ka..? Khabarnya ahli UMNO yang datang ke program ini dibekalkan duit poket dan diberi sehelai baju percuma.  Perkara yang amat mengelikan hati ialah semasa Muhyiddin berucap dipentas sambutan dari hadirin amatlah hampar sekali,” TEPUKLAH TANGAN SIKIT……” - kata Muhyiddin yang terpaksa minta orang ramai tepuk tangan…bukan sekali tapi 3 kali Muhyiddin minta hadirin tepuk tangan..hahaha….  Mahuyiddin juga berjanji kerajaan meluluskan RM 3juta untuk pembangunan pasar minggu Changkat Jering yang berusia 100tahun.. disambut dengan tepukan tangan  yang tak seberapa juga… Berat dah program UMNO ni,kalau ikutkan publisiti meluas  di TV dan sebagainya  program tidak masuk akal hanya 70ribu  saja hadir..dah tu wajah-wajah yang datang pun macam tak minat saja datang…macam terpaksa dan dipaksa  je…..sebab tu nak tepuk tangan pun malas…hahaha…

Jatuh dari tangga : [ Klik sini ] 

Gambar-gambar program Janji  Ditepati : ADTEC dilanda jerebu Muhyiddin….

 Dokumen memorendum yang didakwa diserah pada Muhyiddin semasa lawatan ke Changkat Jering pagi tadi disini

Kelihatan ratusan biji bas yang disewa untuk punggah ahli UMNO yang juga diupah datang
JPJ,Polis dan rela dikerah terlibat dalam program ini


Kalau tidak  tampilkan tarian dari wanita-wanita melayu sebagai hidangan mata hadirin….maka tidak sahlah program UMNO..

 Muhyiddin dan Zambry  melancarkan program yang hambar ini dengan wajah terpaksa tersenggeh

 Kelihatan Ismail Saffian calon yang tewas diparlimen Bukit Gantang pada PRK  yang  lalu tidak dipelawa duduk makan bersama TPM…

Inilah Pesawat helikopter mini yang membawa kamera meletup diudara dan terhempas semasa ketibaan Muhyiddin di ADTEC.  [Klik Sini]

**** Sejam selepas Muhyiddin melancarkan program  ini dilihat berduyun-duyun  kenderaan  keluar dari lokasi yang dijadualkan tamat pada jam 10mlm nanti..dah balik ke..???
Malam ni ada apa..???  Aku pun tak tahu lagi…kalau aku tahu…nanti aku bagi tahu….haha…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan