Pengikut

Sabtu, 7 Julai 2012

"Waris" watak hantu terakhir Hairie Othman


7 July 2012~ Ipoh Perak: "Dalam drama waris yang disiarkan diTV saya melakonkan watak hantu...dan saya berjanji itulah watak hantu terakhir saya dalam bidang lakonan dalam tanahair ini"- Ujar Haire Othman pelakon terkenal tanahair ketika berucap pendek dimajlis Hi-Tea di sebuah hotel di Ipoh hari ini yang dianjurkan oleh PAS Negeri Perak. Majlis ini adalah sebagai meraikan ikon-ikon yang namanya dikenali atau terkenal diseluruh negara yang telah menyertai PAS.

Hairie juga bersedia untuk diberi tanggungjawap menarik golongan muda supaya menyertai PAS. Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau sudah tidak popular sejak menyertai PAS, keadaan itu tidak benar malah sebaliknya kerana sejak mengumumkan secara rasmi sertai PAS sambutan peminatnya menjadi bertambah ramai.

Hairie sangat berharap Pakatan Rakyat dapat menerajui kerajaan pusat selepas PRU13,kita akan ubah konsep dalam bidang lakonan tanahair ini supaya mengikut kehendak islam yang sebenar,tiada lagi aksi panas,pakaian mnjolok mata dan sebagainya dari pelakon dalam sesebuah filem atau drama,kerana beliau mencontohi filem negara Iran yang lebih kehadapan dalam mendapat sambutan penonton walaupun tiada aksi-aksi panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan