Pengikut

Khamis, 16 Ogos 2012

Akan ramai artis dalam PAS akan cabut.....jika....

Kebelakangan ini kita selalu dengar kisah artis berhijrah,cerita artis berubah,artis mengistiharkan diri masuk PAS. Mereka akan menjadi sebutan dibibir ahli PAS, jemputan pelawaan akan datang macam semut merebut gula, pendek kata bagi seorang artis yang baru serah borang PAS akan padat jadualnya.

Dalam sebulan mungkin sehari dua saja artis tersebut free...mungkin juga tiada langsung,hari ini dikedah,esok pagi diJohor,petangnya di Selangor,malamnya di Kelantan,macam bola ping pong artis itu bergerak bagi memenuhi hajat orang PAS yang sentiasa tunggu diprogram politik. Begitulah hebatnya orang PAS meraikan seorang artis yang baru serah borang PAS.

Apapun dalam kerancakan artis-artis yang baru menyertai PAS ini naik turun pentas,mereka ini bukanya fahami sepak terajang rencam dalam politik,jadi tindak tanduk mereka ini,memang perlu diperbaiki. Aku tengok ada segolongan ahli PAS yang boleh dikatakan macam nak jadi penilai atau pun mungkin jadi menyibuk dan akan jadi penyebab artis-artis ini jadi serik naik pentas atau mungkin akan cabut dari PAS.

Apa tidaknya.. Sikap tidak profesional dalam memberi teguran amat kerap berlaku,jika tidak puas hati dengan seseorang artis yang baru sertai PAS janganlah ditegur macam orang tiada budaya kesopanan. PAS adalah parti Islam,dalam Islam diajar cara-cara menegur kesilapan, bukan mai  hentam saja. Zaman sekarang ada kemudahan sms,email dan sebagainya untuk berhubung memberi teguran...bukan tegur dihadapan jemaah lain atau terus update muka artis tersebut diblog dengan konon-nya menegur..hakikatnya mengaibkan diri sendiri yang di-ibaratkan melondeh seluar sendiri dihadapan musuh.....janganlah macam tu cikgu....hahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan