Pengikut

Khamis, 30 Ogos 2012

Aku harap DS Nizar janganlah bikin Janji DiCapati

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Alhamdulillah!!! Syukur kepada Allah SWT dengan Keizinannya memenangkan kes DS Nizar Jamaluddin.Syabas buat DS Nizar diatas kemenangan UJIAN yang beliau hadapi, dan akhirnya KEBENARAN dan KEMENANGAN berpihak kepada beliau.

Khabarnya DS Nizar dah janji dengan penduduk Bukit Gantang...?? DS Nizar janji beliau untuk menyembelih KERBAU khusus di-Parlimen Bukit Gantang untuk mengadakan KENDURI kesyukuran jika menang dalam kes saman fitnah ini.

Dalam pertemuan DS Nizar dengan penduduk  di parlimen Bukit Gantang, beliau DS Nizar  menyatakan akan saman fitnah syarikat Utusan dan TV3 ,setiap satu RM 50 juta dan DS Nizar juga berjanji akan buat kenduri sembelih kambing,di Taman Kuning Sari dan sembelih kerbau dalam Ceramah Merdeka 8 Ogos lalu.  

Jadi penduduk Bukit Gantang bolehlah menunggu jemputan daripada pihak DS Nizar ,atas kejayaan saman ke atas fitnah utusan  itu...harap-harap janji Nizar tidak  sekadar janji dicapati...hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan