Pengikut

Selasa, 21 Ogos 2012

Perpaduan Bersama Umno Hanya Membuang Masa


Setiap kali menjelang pilihanraya maka suara perpaduan Melayu akan berkumandang di udara. Kayu ukur perpaduan, mesti bersama Umno. Jika luar daripada Umno, perpaduan tidak akan tercapai.

Seolah-olah bersatu dengan Umno adalah rukun perpaduan Melayu, walaupun rekod menunjukkan Umno pun gagal menunjukkan perpaduan sesama sendiri.

Parti Negara, Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan semuanya ditubuhkan oleh mereka yang pernah memimpin Umno. Malahan golongan agama di dalam Umno menubuhkan Pas kerana tidak puas hati dengan Umno di dalam isu judi, apabila suara ulamak diketepikan begitu sahaja. Tetapi Umno masih menganggap, ia adalah parti keramat yang menjadi rukun perpaduan Melayu, walaupun rekodnya dipenuhi dengan perpecahan.

Umno sering mendakwa penubuhan Pas menyebabkan orang Melayu berpecah. Pada hal sebelum Umno ditubuhkan 1946 sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 yang tidak bersedia menjadi tali barut penjajah seperti Umno.Umno hanya boleh disatukan dengan benda sahaja, bukannya atas kesedaran ideologi.

Mampukah Umno bertahan jika sudah kehilangan kuasa kerana tidak boleh memberi benda.Oleh itu seruan perpaduan bersama Umno hanya membuag masa. Perpaduan atas dasar bangsa tidak kekal lama, ia ibarat api dalam sekam.

Perpaduan yang tidak menepati dengan fitrah manusia berakhir dengan perpecahan. Perpaduan atas dasar Islam sahaja yang akan mengenepikan manusia yang rasuah, penzina, perampas harta rakyat dan pengkianat amanah rakyat walaupun sesama bangsa.

Atas asas ini, perpaduan akan dapat diwujudkan, jika tidak ia hanya perpaduan palsu yang hanya retak menunggu pecah sahaja.

Idris Hj Ahmad AJK PAS Pusat
21/8/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan