Pengikut

Selasa, 21 Mei 2013

Gaji Naik..!!! Tahniah Pehin,Pehon dan Pohen....

Gaji dah naik..!!?? Naik dah gaji..!!?? Dah naik gaji...!!?? Dah gaji naik...!!??
Syabas..syabas...tahniah...tahniah...buat Pehin,pehon dan pohen....hahaha....

KUCHING, 21 Mei — Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN). Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dbran Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya. Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. — Bernama

.....................

Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.Sarawak adalah negeri kedua terkaya dalam hasil sumber ekonominya di Malaysia dengan hasil sumber gas asli, petroleum, balak dan kelapa sawit.

Selain itu, terdapat juga sumber ekonomi yang baru seperti sektor perkilangan elektronik dan bioteknologi.Dengan kawasan yang luas terbentang, Sarawak mempunyai banyak kawasan yang sesuai untuk perkembangan pertanian, Lebih kurang 32% atau kira-kira 40,000 km² luas kawasan telah dikenalpasti sesuai untuk pertanian.

Walau bagaimanapun, tidak sampai 9% yang ditanam dengan tanaman kekal, manakala selebihnya masih dalam proses penanaman padi huma iaitu seluas 16,000 km² lebih.

Selain kelapa sawit, tanaman komersil lain adalah sagu dan lada hitam.Walaupun Sarawak mempunyai semua anugerah hasil bumi yang kaya dan melimpah ruah,keadaan rakyat Bumi Kenyalang ini kebanyakanya sebaliknya,mereka rakyat Sarawak telah berkerja keras untuk memajukan hidup dan negeri ini namun semua hasilnya telah disapu,dirompak,diselewengkan oleh pihak pemerintah yang rakus.

Lihat-lah dan bandingkanlah jalan-jalan raya yang dikatakan berstatus transborneo highway dengan negeri2 lain dalam Malaysia,sehinggakan para pemimpin BN sendiri pun tidak sanggup melaluinya walaupun perjalanan singkat dari Bandar Kuching ke Seri Aman.

http://www.facebook.com/album.php?id=100000658000784&aid=54261

* Gambar dibawah yang aku dirakam dalam tahun 2011...dan hingga sekarang jalan-jalan diSarawak masih dalam keadaan yang sama, kalau tak percaya sila-lah ke Bumi Kenyalang...nikmati perjalanan darat dari Kuching ke Sibu terus ke Miri.....anda akan nikmati perjalanan yang membanggakan...hahaha....Tahniah Gaji Pak Menteri Sarawak naik, lepas ni semua Pak Menteri Sarawak boleh guna belon atau helikopter saja....sebab gaji kitak sudah naik tok..!!! Hahaha....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan