Pengikut

Rabu, 24 Julai 2013

Gambar Terbaik 3 Mamat Penuh Keseronokan Sebab Menang PRK Kuala Besut (Penyokong PAS Di-nasihatkan Bersabar )

BESUT -  Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut yang berlangsung di sembilan pusat mengundi dimenangi oleh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan 2, 592 undi.

Beliau mengalahkan calon Pas, Azlan@Endut Yusof, seorang ahli perniagaan dan calon tempatan yang dikenali ramai sebagai Che Long.

Pengarah Pilihan Raya, A Rahim Jusoh mengumumkan kemenangan calon BN itu kira-kira jam 10 malam di Dewan Majlis Daerah Besut, di sini.

"Tengku Zaihan telah memperolehi 8, 288 dan Che Long 5, 696," katanya.

Sebelum ini calon BN, Dr A Rahman Mokhtar memenangi kerusi itu dengan majoriti 2, 434 undi mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail pada PRU13.
Irama Pilihanraya Kecil K.Besut dah tamat
Kalah atau menang bukan penamat
Lagu Raya Aidilfitri semakin gamat
Selamat berpuasa muslimin dan muslimat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan