Pengikut

Khamis, 4 Julai 2013

Rampasan Kuasa Di Mesir :- WIRA GAZA ucap tahniah pada Obama

Hari ini dunia dikejutkan dengan isu yang mengegarkan demokrasi politik dunia,dimana rampasan kuasa kerajaan Mesir berlaku, pendek kata semua warga dunia tahu hal ini.

Berbagai komen-komen berkaitan isu yang melanda negara Mesir_ramai yang mengutuk keras kejadian rampasan kuasa di Mesir.

Orangni dok tunggu juga apa komen atau pendapat Najib yang pernah digelar Wira Gaza dalam tahun lepas, yang konon-nya menentang segala pencerobohan di bumi Paletin dan mengutuk semua jenis pemcerobohan.

Tup-tup hari ni Najib Si Wira Gaza boleh ucap tahniah kat Obama sebab menyambut ulang tahun kemerdekaan negara Amerika Syarikat yang kebetulan jatuh pada hari ini 4 Jun 2013, entah ulang tahun keberapa malas nak ambil tahu....

Tapi korang perasan tak...?? tarikh kejadian rampasan kuasa di bumi Mesir hari ini dan tarikh hari ulang tahun kemerdekaan Amerika Syarikat berlaku pada tarikh yang sama,adakah ini semua kebetulan atau ada agenda...??....emmm....cam ada something je....

Berbalik pasal Najib Si Wira Gaza_adakah Najib tak tahu hal yang jadi di-Mesir atau buat-buat tak tahu atau takut nak ambil tahu..? Tapi nak ucap tahniah kat Obama....Najib Si Wira Gaza ingat pula...hahaha....

Pelik-pelik-pelik....tentu ramai rakyat negara ini ternanti-nanti kenyataan suami isteri yang digelar WIRA GAZA yang konon-nya kecam rampasan kuasa mengunakan  tentera dan satu lagi kenyataan Rais Yatim Presiden baru UIA....mana..? mana..?? mana..???????

1 ulasan:

  1. Walau apa pun cerita wira Gaza atau sebagainya, pokok pangkalnya ialah rampasan kuasa di Mesir.

    Mungkin kupasan saya ini dapat merungkai sedikit permasalahan ini. Sila baca, "Krisis politik Mesir : Tentera rampas kuasa redakan Arab Spring II".

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/krisis-politik-mesir-tentera-rampas.html

    BalasPadam