Pengikut

Isnin, 25 November 2013

YB Ust Azam ucap terima kasih kepada PAS Kawasan Bukit Gantang


** Turut menjadi ahli panel dalam forum tersebut ialah Ust Mohd Akmal Kamarudin (Timbalan ketua Pemuda PAS Perak/Pendakwah bebas)
Surau Hidayah Taman Jebong Aman : YB Mohd Azam ADUN N20 Sungai Limau dalam forum Maal Hijrah disini sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada jentera PAS Bukit Gantang dalam menjayakan PRK  N20 baru-baru ini. 

Beliau mewakili PAS Kawasan Jerai juga amat menghargai jentera PAS Perak yang berkampung di Sg Limau sepanjang PRK. 
( PAS Perak - Kampung Selingkoh dan Simpang Tiga)

YB Azam juga turut  menyentuh isu salahguna kuasa oleh UMNO BN dalam PRK tersebut -
"Seandainya seorang tok iman sebuah masjid mengunakan duit tabung masjid,khemah masjid, semua barang masjid dan semua AJK masjid semata-mata untuk majlis kenduri kahwin anaknya..bagaimana pendapat tuan-tuan..?. Begitulah keadaan UMNO BN didalam PRK Sg Limau baru-baru ini. Mereka (UMNO) salahguna semua jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka dengan mengunakan slogan "Berani Hijrah",sebaliknya mereka menghina konsep hijrah tersebut dengan salahguna kuasa dengan menyongok pengundi dengan kebendaan.
******
** 4 Nov : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.
Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila hanya memperoleh 10,985 undi.
Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan