Pengikut

Ahad, 1 Disember 2013

Al-Fathihah - Datuk Fauzi Shaari Bekas Calon PAS Larut Meninggal Dunia

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Fauzi Saari meninggal dunia pada jam 8.17 malam tadi di Hospital Selayang akibat daripada penyakit buah pinggang dan hati.

Jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke rumah beliau di alamat No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor.

Pengkebumian dijangka akan disempurnakan pada 2 Disember 2013 pada waktu yang belum ditetapkan lagi. 

Datuk Haji Fauzi Shaari (lahir 25 September 1950) adalah bekas anggota polis dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau pernah menjadi Ketua Balai Polis Dang Wangi dan Ketua Polis Selangor.

Setelah bersara dari PDRM Dato Haji Fauzi Shaari telah menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, di satu majlis di Perak pada 20 Mei 2012.

Pada PRU13 yang lalu Dato Fauzi telah bertanding mewakili PAS di Parlimen Larut,bagaimanapun beliau tewas ditangan calon BN.


** Marilah kita semua mendoakan semoga Allyarham  Dato Fauzi ditempatkan dikalangan mereka yang soleh...Al-fathihah...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan