Pengikut

Isnin, 24 Mac 2014

MH370: Najib sahkan berada di lautan Hindi


Berita sedih buat seluruh Rakyat Malaysia.

Pada malam ini, Dato Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan satu berita sedih terbaru kepada dunia, MH370 telahpun disahkan lokasi terakhirnya berada di Lautan Hindia. Apapun, kita harus menunggu jawapan lebih jelas pada esok petang sekitar jam 5.30 petang. Nantikan sidang media di kaca TV anda esok petang.

Berikut, point penting daripada ucapan yang telah disampaikan oleh Dato Seri Najib Tun Razak yang telah membuat satu sidang media tergempar baru sahaja sebentar tadi pada 9.50 malam, di PWTC.


Dato Seri Najib Tun Razak, LIVE dari PWTC.
Point Penting.
1. Lokasi terakhir MH370 berada disahkan adalah di Lautan Hindi.
2. Press conference lebih details pada esok hari, jam 5.30 petang.
3. MAS telah bercakap dengan seluruh keluarga mangsa mengenai kejadian ini.
4. Kepada pihak media haruslah memberi ruang kepada keluarga mangsa pada masa ini agar tidak mengganggu mereka.
--------------------
Sidang media tamat.
DSN tidak mampu memberi jawapan pada malam ini. Kita harus menanti esok petang....
InsyaALLAH, nantikan lebih banyak berita yang akan menggemparkan anda semua pada esok hari. Kami di Dramaraja akan sentiasa memberikan berita dan penjelasan kepada anda semua.

Bersiap sedialah ke atas sebarang kemungkinan.

Episod MH370 sudah hampir berakhir. Namun, siri seterusnya akan terus dimainkan.

Bersabarlah wahai jiwa-jiwa yang tenang.

Bacalah kembali kesemua ratusan point yang telah saya hidangkan kepada anda sebelum ini.

Bukan sekarang masa untuk kita mempertikaikan siapa salah siapa benar, tetapi sekaranglah masanya untuk kita muhasabah mengenai masa depan kita pada hari mendatang.

Ketahuilah, sesungguhnya perang dunia sudah semakin hampir di selekohnya.

Pihak kerajaan Isreal telahpun menarik kesemua kedutaan mereka di seluruh dunia untuk pulang. Mereka sudah punya satu rancangan baru yang lebih licik dan unik.
Nantikan sahaja, dan JANGAN sesekali putus berdoa agar kita dijauhkan daripada fitnah akhir zaman. 

-bradokapak
#MH370
Ya Allah .. Berilah kekuatan kepada kami dan juga terutamanya kepada ahli keluarga penumpang MH370 untuk menghadapi apa jua kemungkinan dan ketentuanMu Ya Rabb...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan