Pengikut

Rabu, 28 Mei 2014

Gambar Senyuman Terakhir Al-Marhum Paduka Seri Sultan Azlan

Hari ini...sejak jam 1:30 petang, media massa seluruh negara bagaikan lupakan segala isu dan berita khususnya rakyat Perak Darul Ridzuan.

Berita tentang kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah telah Mangkat sebentar tadi jam 13:30hrs di Institut Jantung Negara dalam usia 86 tahun bagaikan mengubah citarasa semua pengamal media massa di internet. 

Semuanya saling mengucapkan sembah Takziah kepada keluarga Al-Marhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah dari semua lapisan umur,bangsa dan fahaman politik.

Gambar dibawah Orangni ambil dari twitter... 

Terasa sayu rasa hati apabila dapat melihat wajah senyuman Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan ini.


Senyuman terakhir almarhum SULTAN PERAK sebelum menghembuskan nafas terakhir jam 1.30pm tadi..
Semuga Rohnya Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

Dua tiga hari lepas masa susun fail dirumah tak sengaja terjumpa koleksi lukisan Orangni semasa zaman sekolah menengah dalam satu fail... 

Rupanya dalam beberapa keping gambar lukisan guna pensil yang Orangni lukis zaman sekolah dulu (hampir 30 tahun lepas) ada gambar Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan. 

*Harap maaf...Mungkin tak berapa cantik lukisan tangan Orangni masa tu..sekarang lagi tak cantik kalau Orangni lukis apa-apa gambar sebab tangan dan keras...

Semuga Rohnya Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

2 ulasan: