Pengikut

Selasa, 10 Jun 2014

Inikah wajah Tokey pemilik kilang bihun yang jijik..????

Bihun yang diproses secara jijik dan kotor itu  Bihun Istimewa  berlambang masjid tidak mendapat  tanda HALAL Jakim.Syarikat Van Loong Bee Goon Sdn Bhd telah  menggunakan tanda logo halal yang bukan dikeluarkan JAKIM.Syarikat itu  melanggar Akta Perihal Dagangan 2011,Perintah Perihal Dagangan(perakuan dan penandaan halal)


Bahagian Dakwah, JAKIM dalam FB-nya telah mengucapkan 
Terima kasih kepada semua pihak demi membanteras peniaga yang tidak bertanggungjawab ini.

Kilang Bihun Cap Masjid telah diarah tutup. Jangan lah cuma diarah tutup je, ambil lah tindakan kerana mengunakan logo halal sesuka hati dan yang penting ialah pengajaran kepada semua yang mencemarkan logo atau gambar Masjid yang menjadi kebanggaan orang Islam..

Satu lagi Orangni berharap JAKIM turun padang sendiri sebelum aduan dibuat... nanti orang akan nampak yang pihak JAKIM tak serius dalam soal halal haram ni... ada aduan ada tindakan, takde aduan takdelah tindakan,udah macam paku dan penukul... 

Kalau tak cukup kakitangan... mintak tambahan... ada satu sistem satu kawasan satu penguatkuasa... rasanya takkan sampai beratus ribu orang kot kakitangan diperlukan... boleh tubuhkan sukarelawan JAKIM.

Pusat aduan boleh tumpukan kat masjid2 ataupun surau2... takkan pihak atasan JAKIM tak kreatif langsung??? Kata ada degree???.

Kalau pihak Polis,JPJ,JAS,KASTAM dan sebagainya boleh bergerak buat sekatan jalan raya,geledah sana sini untu cari kesalahan dimana-mana lokasi demi kebaikan rakyat konon-nya...mengapa JAKIM tak boleh..?? Kalau alasan kurang kuasa....mintalah kuasa demi rakyat khususnya umat Islam dinegara ini..
*** Agaknya...anak panah merah dalam gambar diatas tu Tokey Kilang Bihun yang menjijikkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan