Pengikut

Sabtu, 7 Jun 2014

Perak Masih Berkabung: DBI dah lulus program mega maksiat di Ipoh..?

Al Marhum Paduka Sultan Azlan baru saja mangkat dan rakyat negeri Perak Masih lagi dalam suasana berkabung atas kemangkatan Sultan Azlan pada 29 May 2014

Tapi agak mengejutkan apabila pada 12 june 2014 nanti bakal berlangsung satu program mega maksiat akan dibuat dinegeri Perak.

7 Jun 2014- Orangni bersyukur kerana dapat berbual sendiri dengan orang No 1 Jabatan Agama Islam Perak (JaiPk) berkaitan isu ini secara ringkas di dalam program street dakwah di gerbang malam Ipoh.

Dalam perbualan terjah ringkas ini orang no1 JaiPk memang mengesahkan tentang program maksiat tersebut akan berlangsung di sebuah taman tema air di Tambun Ipoh.

Khabarnya lebih 2ribu dipercayai orang islam dah mendaftar untuk join program tersebut. 

Lebih berat lagi program yang dikatakan peserta akan akan berpakaian mandi (bikini) akan dihidangkan dengan minuman arak.

Orangni ada bertanya apakah tindakan JaiPk dalam isu ini. Jawapan ringkas ialah "In sya Allah kita akan pantau".

Agak memeningkan sebenarnya isu program maksiat mega ini kerana dikatakan pihak Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) dah luluskan program ini.

Apa yang boleh dibuat ialah report polis untuk bantahan dari program ini diteruskan.
Orangni harap pihak NGO dan sebagainya di Perak bangun untuk membantah program maksiat tersebut..

1 ulasan:

  1. Mana pegi Datuk Bandar Ipoh. Setakat sediakan lori buang sampah sapapun boleh. Tak rasa berdosa ke biarkan sampah masyarakat macam ni

    BalasPadam