Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, surat pekeliling mengenai pembatalan itu telahpun diedarkan kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan hari ini.


"Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang berlangsung semalam telah bersetuju membatalkan penetapan cuti umum negeri Perak pada 27 November ini sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.

"Cuti umum sempena hari keputeraan baginda hanya akan mula
disambut tahun depan. "Selaras dengan keputusan ini, pelepasan cuti umum negeri Perak
yang sepatutnya pada 27 November ini dibatalkan dan tarikh tersebut merupakan hari bekerja seperti biasa," .- Puhat Mat Nayan.

Sebelum ini, pada 19 April lalu merupakan cuti umum negeri Perak sempena Keputeraan Sultan Azlan Shah yang mangkat pada 28 Mei lalu.
http://orangni.blogspot.com/2014/10/negeri-perak-cuti-umum-pada-27-november.html