Hahaha... Hahahaha... Hahahahahaha.... (Haiyaa....Wa suluh gelak macam olang jihat maa.....hahaha...) Baru ni banjir kilat berlumpur berulang lagi kat belah Ringlet Cameron Highland...Kejadian banjir dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada Rabu lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet
Pak Haji Muyinddin kata "Tiada maaf bagimu" terhadap pendatang tanpa izin yang menceroboh dan ahli politik yang melindungi pencerobohan di tanah tinggi Cameron Highlands sehingga menyebabkan banjir lumpur dan tanah runtuh pada Rabu lepas.
Itu yang Pak Haji Muyinddin kata..sebab dalam kepala dia pendatang izin yang dilindungi menjadi punca bencana tanah runtuh dan banjir kat atas Cameron Highland.
Haiya...sulah lari tajuk maa.... Tajuk atas itu DAP sudah kalah sama Puteli UMNO (Puteri UMNO)....mana maa...???
Ini bawah dia punya celite....
Failed giler Nga Kor Ming berlakon. Kalau iya pun nak buang lumpur, pakai la kasut but pua chu kang macam azmin ali pakai tu dan jgn la pakai seluar jean dan kasut smart. Berapa scoop lumpur pulak lu dapat cedok Nga? Semata2 nak tangkap gambar je ke? HAHAHAH - FB
Ini pula Puteri UMNO yang pandai berlakon...walaupun diketahui,.. memang tak logik sangat mereka ni nak bantu dalam situasi bencana macam banjir kat Cameron Highland...tapi mereka pandai berlakon ma... walaupun baju nampak bersih,ada pakai kasut Pua Chu Kang...tapi ada la juga beberapa keping gambar.. Nak kata berlakon tu memang berlakon..tapi mereka pandai berlakon...hahaha....
** Woi..!!! DAP punya kepala.....kalu mau berlakon dalam politik aaa.... panggil itu David Teoh kasi ajar la....Layat nampak lu olang boloh bikin lakonan boloh ma......hahaha...
Seorang dilaporkan maut manakala seorang lagi hilang dalam kejadian banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands, Pahang petang tadi.
Kejadian turut mengakibatkan lebih 20 rumah dan beberapa kenderaan dihanyutkan banjir lumpur di Pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan Kampung Ulu Merah.
Turut cedera seorang lagi penduduk menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pahang, Morni Mamat ketika dihubungi oleh Astro AWANI.
Hujan lebat berterusan dikatakan menyebabkan kenaikan paras air Sungai Ringlet sehingga menyebabkan banjir lumpur dalam kejadian sekitar jam 7 petang itu.
Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands meminta penduduk di sekitar Lembah Bertam agar sentiasa peka dan waspada dengan loceng amaran pihak berkuasa berikutan peningkatan paras air di Empangan Bertam.
Kawasan terjejas hanya terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober lalu.
Dalam perkembangan yang sama, Bernama melaporkan kira-kira 150 penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan akibat banjir kilat di Cameron Highlands malam tadi, manakala seorang pekerja kebun sayur dilaporkan maut akibat kejadian tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu.
Kesemua mereka daripada 37 keluarga di Pekan Baru Ringlet, Cameron Highlands dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Morni Mamat berkata, pekerja kebun sayur yang maut itu adalah warganegara Nepal dan identitinya belum dikenal pasti.
"Dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Baru Ringlet itu, seorang lagi lelaki warganegara Indonesia turut cedera," katanya.
Manakala seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Kuala Kelah turut dilaporkan hilang dalam kejadian hujan lebat dan tanah runtuh itu.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit sedang giat dijalankan.
Morni berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 10 malam tadi berkenaan dua kawasan di Cameron Highlands mengalami banjir dan tanah runtuh iaitu di Kampung Bertam dan Kampung Baru Ringlet.
"Kita juga menerima laporan tiga lelaki turut tertimbus di sebuah bengkel di Ringlet. Seorang darinya hanya tertimbus separuh badan dua lagi terperangkap sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata mereka yang tertimbus itu terdiri daripada dua warga India dan seorang warga tempatan.
Ketiga-tiga mereka yang cedera parah itu berjaya diselamatkan dan kini dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.