Pengikut

Jumaat, 31 Ogos 2012

Orang UMNO belasah Orang Kuat UMNO Perak di rumah MB?

Dalam suasana syawal yang masih dirasai oleh semua umat Islam dinegara ini,semangat kunjung mengunjung antara satu sama lain mengeratkan lagi tali silaturrohim. Sambil bersua muka,bersalaman, bertanya khabar dan ditambah pula dengan sembang santai bercerita macam-macam cerita.

Dari cerita itu ini begitu begini,kisah politik tanahair juga menjadi topik hangat dikala bertemu rakan sahabat..hahaha...

Apa yang agak menarik dan mengejutkan kisah yang aku terima dari salah seorang rakan bernama Abu Fuad ( Bukan nama sebenar...hehehe..) Beliau mendakwa mendapat berita kisah seorang orang kuat Zambry dibelasah dirumah rasmi kediaman Menteri Besar, katanya orang kuat Zambry tersebut dilempang dan ditumbuk kerana satu perbalahan tidak puas hati oleh sebab kuasa orang kuat Zambry tersebut mengatur semua lawatan Najib dan Mahuyddin dinegeri Perak sejak kebelakangan ini semuanya di Ipoh dan dilokasi tempatnya saja.

Patutlah ramai rakyat Perak ada perasan termasuk aku, kerap sesangat PM dan TPM ke Ipoh dan ke kawasan lembab ni...hehehe... ( korang kena cari sendiri kawasan lembab diPerak...hahaha...).

Kejadian ini didakwa Abu Fuad berlaku didalam bulan ramadan baru-baru ini. Namun kes ini menjadi rahsia dikalangan orang UMNO sendiri,hanya segelintir yang tahu.

Aku dan beberapa rakan ada juga follow up cari info kesahihan cerita ini,ada juga yang mengesahkan ini adalah cerita benar dan kes belasah antara orang UMNO memang biasa terjadi,tambahan pula di Perak yang mana sokongan rakyat terhadap UMNO amat merosot sekali..hahaha...

Setiap kawasan di Perak ketua UMNO Kawasan  bertungkus lumus berlumba hendak Najib bertandang kekawasan mereka,kalau anda semua perasan sejak Zambry menjadi Menteri Besar Mahkamah diPerak ini, Najib tidak pernah datang ke Pulau Pangkor, DUN yang dimenangi Zambry dalam siri lawatan Najib ke Perak selama ini. Hanya di Ipoh dan kawasan lembab saja menjadi lokasi lawatan Najib,sebab diatur oleh orang kuat Zambry yang dah terima debik dari rakan se UMNOnya....hahaha....

Khamis, 30 Ogos 2012

Aku harap DS Nizar janganlah bikin Janji DiCapati

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Alhamdulillah!!! Syukur kepada Allah SWT dengan Keizinannya memenangkan kes DS Nizar Jamaluddin.Syabas buat DS Nizar diatas kemenangan UJIAN yang beliau hadapi, dan akhirnya KEBENARAN dan KEMENANGAN berpihak kepada beliau.

Khabarnya DS Nizar dah janji dengan penduduk Bukit Gantang...?? DS Nizar janji beliau untuk menyembelih KERBAU khusus di-Parlimen Bukit Gantang untuk mengadakan KENDURI kesyukuran jika menang dalam kes saman fitnah ini.

Dalam pertemuan DS Nizar dengan penduduk  di parlimen Bukit Gantang, beliau DS Nizar  menyatakan akan saman fitnah syarikat Utusan dan TV3 ,setiap satu RM 50 juta dan DS Nizar juga berjanji akan buat kenduri sembelih kambing,di Taman Kuning Sari dan sembelih kerbau dalam Ceramah Merdeka 8 Ogos lalu.  

Jadi penduduk Bukit Gantang bolehlah menunggu jemputan daripada pihak DS Nizar ,atas kejayaan saman ke atas fitnah utusan  itu...harap-harap janji Nizar tidak  sekadar janji dicapati...hehehe...