Pengikut

Rabu, 22 Februari 2012

[ Isu bai'ah PAS ] Mukhriz Mahathir pernah derhaka kepada Tun Mahathir yang selalu lupa

Pemimpin PAS bukan Nabi atau Raja, nak bai'ah- kata Dr Mahathir
Pemimpin PAS hanya manusia biasa, bukan nabi atau raja,jadi tidak perlu untuk berbai'ah hanya untuk bertanding pilihanraya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita bagi mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa semua ahli PAS akan diminta berbai'ah sebelum dipilih menjadi dalam pilihanraya akan datang.

Menurut Dr Mahathir, langkah PAS yang mahu mewajibkan calonnya,  mengambil sumpah bai'ah atas alasan ia seolah-olah menunjukkan ahli-ahlinya tunduk kepada pemimpin mereka.

Bai'ah bermakna kita 'swear loyalty' (sumpah taat setia) kepada pemimpin yang manusia biasa dan boleh buat benda yang salah...bahkan kita dapati banyak pemimpin PAS yang buat salah daripada segi agama," katanya.

Beliau berkata, manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH dan bukan kepada sesama manusia.Beliau yang juga bekas Presiden UMNO memberitahu bahawa pemimpin-pemimpin PAS juga merupakan manusia biasa, bukannya Nabi atau raja.

"Dia orang (pemimpin PAS) hanya manusia biasa. Bukan Nabi, bukan raja. Tak perlu bai'ah ini," katanya pada sidang media selepas memberi syarahan perdana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam  bertajuk "Transformasi Minda Penyelidik Muda" pada Selasa.- Mstar

Mahathir mudah lupa hinggakan Mukhriz derhaka

Tun Mahathir memang sudah lupa dan nyanyok dalam isu bai'ah ini,kerana anaknya sendiri Mukhriz pernah cadangkan dan mungkin sudah dijalankan dalam UMNO pengunaan bai'ah ini. Dalam Perhimpunan Agung Umno 2011 yang lalu Mukhriz Mahathir ada mencadangkan semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama parti dalam sebarang keadaan.
Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah berkata, cadangan itu susulan ikrar taat setia yang dilafazkan mereka pada Perhimpunan Agung Umno 2011 tersebut.Mukhriz mengakui parti tersebut perlu mengguna pakai satu ikatan ‘akujanji’ yang sama erti dan maksudnya dengan bai'ah bagi semua calon Umno dalam pilihan raya umum ke-13 bagi menghalang kemungkinan perbuatan mengkhianati parti sendiri. 

Selasa, 21 Februari 2012

You help me, I help you akan ke Sibu lagi....

SIBU: Jumaat ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri dua majlis yang dianjurkan oleh komuniti Cina tempatan.

Menurut Datuk Lau Nai Ho, Pengerusi Persatuan Cina Bersatu (UCA) Sibu, Najib akan merasmikan Kampung Budaya Mini 1Malaysia berdekatan Taman Jubilee Bukit Aup pada jam 9 malam.

Kampung itu adalah projek persendirian ahli perniagaan Ying Tieng Chai untuk memulihara dan menge-tengahkan pelbagai budaya serta tra-disi pelbagai etnik Cina di negeri ini.- Bernama.

Apa pula le.. janji,rasuah dan kelentong Najib di Sibu


Orang ni dan orang Sibu tentu ingat slogan Najib 


Apa yang mungkin pasti..!!!....Pehin Taib Mahmud akan mengigil ketakutan bersama jawatan dan janjinya..sebab NAJIB dan MUHYIDDIN akan ke Sarawak untuk lucut jawatan TAIB