Pengikut

Selasa, 21 Februari 2012

[ Eksklusif ] NAJIB dan MUHYIDDIN akan ke Sarawak untuk lucut jawatan TAIB


Najib Razak dan Muhyiddin Yassin, akan melawat Sarawak bukannya untuk memberi sokongan kepada Taib, tetapi inilah sebabnya lawatan serentak yang belum pernah dilakukan oleh dua ketua negara ke negeri Sarawak.
“Seorang memegang pistol dan seorang lagi memegang keris sambil berkata ‘kini sudah tiba masanya untuk kamu berundur. Kami sudah tidak dapat berkompromi dengan kamu lagi, kamu harus umumkan keputusan sekarang ..!!!!”menurut sumber.

Taib Mahmud yang berusia 74 tahun yang telah memerintah selama 30 tahun itu telah berjaya mendapat penangguhan dari kedua-dua ketua negara itu – atas dasar bahawa dia bersetuju untuk mengadakan pilihanraya secepat mungkin dan meletakkan jawatannya sebaik sahaja ‘tempoh peralihan’ dapat ditubuhkan oleh penyandangnya yang sesuai. Menurut sumber kami itu, Ketua Menteri, yang telah banyak kali enggan mengundur diri sehingga suatu masa yang difikirkannya selamat untuknya menjaga kekayaannya, telah menimbulkan rasa marah rakan-rakannya dalam BN di KL dengan caranya melewat-lewatkan pilihanraya. Mereka khuatir beliau akan bertahan hingga ke saat-saat akhir, yang sudah pastinya akan memburukkan lagi keadaan.
Sumber seterusnya: SR

Bersiap sedia dan bergembiralah  Rakyat Bumi Kenyalang sekiranya Pehin Taib Mahmud digugurkan dari jawatanya dan diheret kemuka pengadilan untuk masadepan rakyat Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan