Pengikut

Sabtu, 7 Julai 2012

"Waris" watak hantu terakhir Hairie Othman


7 July 2012~ Ipoh Perak: "Dalam drama waris yang disiarkan diTV saya melakonkan watak hantu...dan saya berjanji itulah watak hantu terakhir saya dalam bidang lakonan dalam tanahair ini"- Ujar Haire Othman pelakon terkenal tanahair ketika berucap pendek dimajlis Hi-Tea di sebuah hotel di Ipoh hari ini yang dianjurkan oleh PAS Negeri Perak. Majlis ini adalah sebagai meraikan ikon-ikon yang namanya dikenali atau terkenal diseluruh negara yang telah menyertai PAS.

Hairie juga bersedia untuk diberi tanggungjawap menarik golongan muda supaya menyertai PAS. Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau sudah tidak popular sejak menyertai PAS, keadaan itu tidak benar malah sebaliknya kerana sejak mengumumkan secara rasmi sertai PAS sambutan peminatnya menjadi bertambah ramai.

Hairie sangat berharap Pakatan Rakyat dapat menerajui kerajaan pusat selepas PRU13,kita akan ubah konsep dalam bidang lakonan tanahair ini supaya mengikut kehendak islam yang sebenar,tiada lagi aksi panas,pakaian mnjolok mata dan sebagainya dari pelakon dalam sesebuah filem atau drama,kerana beliau mencontohi filem negara Iran yang lebih kehadapan dalam mendapat sambutan penonton walaupun tiada aksi-aksi panas.

Jumaat, 6 Julai 2012

Inspektor Aliza @ Abby Abadi turut ke KEMTA 8 July ini...?


Pada 8 Julai, dijangka jam 11 pagi di hadapan Kem Tahanan ISA Kamunting Perak bakal diadakan  himpunan "Bebas Tahanan ISA 45".

Menurut sumber ketika Abby Abadi berceramah di Batu Kurau Perak dimaklumkan bahawa beliau juga akan turut serta dalam perhimpunan tersebut sebagai tanda menyokong pihak pengajur perhimpunan demi keadilan kepada tahanan-tahanan yang dilaporkan terinaya didalam kem tahanan tersebut.

Apa lagi rakan sahabat semua...kalau Ispektor Aliza pun boleh turun bersama diperhimpunan tersebut...kenapa tidak  anda...dikhabarkan Tahanan ISA dah mogok lapar 15 hari!!!

*** Aku Dok tunggu kerelaan mantan Pengarah JSJ Dato Fauzi Shaari turut serta dalam perhimpunan ini,kalau jadi leader lagi ok...haha..sudah bersedia ke....hehehe....