Pengikut

Jumaat, 14 September 2012

Islam dihina Zambry Kadir berkonsert Ambang Hari Malaysia

Dikala umat islam seluruh dunia sedang hangat memprotes filem menghina Rasullulah SAW. Semalam 14 Sept berduyun-duyun umat Islam dimasjid negeri Perak berhimpun selepas solat jumaat bagi menyatakan bantahan dan mengutuk filem tersebut.Beberapa pimpinan dari PAS dan beberapa NGO tampil bersama memberi sokongan.

Namun kelibat orang UMNO Perak dan orang PERKASA Perak tidak kelihatan langsung dalam perhimpunan ini. Mereka mungkin sibuk ditapak konsert hiburan membuat latihan dan persiapan awal.

Tambah memalukan apabila banner konsert hiburan tergantung dengan banyaknya diseluruh Bandaraya Ipoh,seolah kerajaan negeri dibawah Menteri Besar Zambry Kadir tidak peka dengan isu  junjungan mulia Nabi Muhammad dihina oleh yahudi.

Malam ini Zambry Kadir dengan bangganya mengadakan konsert hiburan dengan menampilkan Ac Mizal,Amy Search dan Ella di Ipoh sempena Ambang Hari Malaysia. Itulah perjungan UMNO Perak.... Hiburan diutamakan,Islam diabaikan.

Orang ni nak tanya sikit --> Tok Mufti ada mai baca doa tak konsert malam ni....??


Ust Kazim membela Tun Mahathir dalam program IAB - kata Guru Kanan sekolah

14 Sept 2012: Larut Perak - ‎"Kami ingat dia nak fokus isu penghinaan terhadap Rasulullah,  rupanya dia fokus isu ketuanan melayu UMNO dengan membela Tun Dr Mahathir dan pemimpin UMNO yang lain" kata beberapa orang guru kanan di daerah Krian ketika menemui salah seorang pemimpin masyarakat disini.

Pada tengahari tersebut dilaporkan  beberapa orang guru dari setiap sekolah di Daerah Krian Perak diwajibkan  hadir oleh Institut Aminudin Baki (IAB) sebagai ganti progran Biro Tatanegara (BTN).

Semua para guru dipaksa hadir  untuk  mendengar tazkirah khas oleh wakil kementerian pelajaran dan pendoktrin hebat yang sekarang sudah menampakan belang keUMNOan iaitu Us Kazim Elias. Program ini berlansung di dewan Seberau Bukit Merah Perak.

"IAB Ini akan roud seluruh Perak dan Malaysia bawah kementerian Pelajaran demi kepentingan politik umno semata-mata" jelas mereka lagi  dengan nada yang agak marah dan teramat kecewa.

* Semoga ust kazim terus gigih memberi penerangan yanb jelas tentang ketuanan melayu yang diperjuangkan UMNO dan dapat  bersabar dengan segala cercaan,  itulah ujian dan habuan kerana bersama menyokong dan berjuang bersama UMNO untuk ketuanan melayu...hahaha....

Apa yang clear sekarang belang UMNO pada diri Us Kazim makin terang,jelas dan boleh dilihat dalam jarak jauh...hahaha....

Dengar cerita Us Kazim bakal bertanding mewakili parti ketuanan  melayu..UMNO la tu...hahaha...

Khabarnya DUN Kubu Gajah atau Batu Kurau,patutlah dia kerja kuat berkempen untuk UMNO...hahaha...