Pengikut

Selasa, 11 Oktober 2011

Elaun: Wakil Rakyat Bebas@Katak Minta Perbahasan


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas, Wangsa Maju, Wee Choo Keong mahu cadangan bagi mengkaji semula kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen dibahaskan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, walaupun cadangan berkenaan telah ditarik balik daripada peruntukan Bajet 2012, namun ia perlu dibahaskan bagimendapatkan sokongan ahli Parlimen.

"Cadangan ini tidak boleh ditarik balik begitu sahaja, ahli-ahli Parlimen ada hak untuk berbahas mengenai perkara ini kerana gaji-gaji wakil rakyat sekarang ini tidak berpatutan.

"Menarik balik bukan sesuatu yang wajar, kita perlu adakan perbahasan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini,Selasa.

Terdahulu, Wee mengemukakan Rang Undang-undang Ahli Parlimen yang dinamakan Akta Perbekalan Tambahan Untuk Menaikkan Gaji dan Elaun Ahli Parlimen 2012 kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Rang undang-undang berkenaan bertujuan untuk memperuntukan sejumlah wang bagi menaikkan gaji dan elaun ahli Parlimen dalam Bajet 2012 seperti yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib TunRazak Jumaat lalu.

Menurut Wee, beliau akan memfailkan satu usul menggunakan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat agar rang undang-undang berkenaan dapat dibahaskan.

"Saya harap rang undang-undang ini boleh dibentangkan untuk dibahas kerana saya percaya ramai ahli Parlimen yang akan sokong.

"Kita perlu ambil kira kerja-kerja ahli Parlimen dan keadaan mereka. Mereka perlu ada elaun untuk jalankan kajian dan perbelanjaan yang banyak di kawasan mereka," katanya.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan bahawa kerajaan menarik balik cadangan bagi mengkaji semula kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen ekoranbantahan daripada pemimpin utama pembangkang.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/11/mstar_berita/20111011174134&sec=mstar_berita

Hahaha...ini kisah Lawak Bebas...terpulanglah nak gelak ke tidak....hehehehe...

YB Bebas minta kaji semula kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen dibahaskan di Dewan Rakyat...makna-nya berharap sangat le kenaikan tersebut...

YB Bebas ni layak ke dapat kenaikan..???

Sedangkan mejoriti YB Bebas ni dah kaya raya hasil melompat...DAN

banyak tidur je...hehehe....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan