Pengikut

Khamis, 2 Februari 2012

[ Vedio ] Barisan Hamidah perangai kanak-kanak riang ganggu ceramah PAS.. Jom tonton!


1 Feb 2012 ~ PASTI Al-Munir, Bandar Tasek Idaman Kg Pisang Batu Gajah Perak: “Ceramah Perdana” anjuran Dewan Pemuda PAS Batu Gajah telah mendapat kelulusan permit dari PDRM untuk adakan ceramah sempena perasmian pembukaan PASTI Al-Munir. Penceramah terdiri daripada Dato Seri Nizar,Ust Fakhrulrazi dan Abg Bob Lokman. Namun berlainan pula dengan pihak UMNO Batu Gajah yang sengaja mengadakan program ceramah yang dilihat satu program terdesak kerana mahu menunjuk sikap ingin berlawan. Ceramah tajaan UMNO tersebut jaraknya hanya 200meter di belakang lokasi ceramah PAS berlangsung.

Penulis mendapat info bahawa ceramah UMNO tersebut telah diperuntukan RM60ribu .Hasil terjah penulis dilokasi ceramah UMNO ini,dilihat para pengunjungnya memang di jamu makan minum percuma dan ada acara nombor cabutan bertuah ( Penulis pun dapat juga kupon tersebut…hehehe…) .

Disamping itu juga pihak UMNO juga telah mengupah budak-budak akhir belasan tahun yang bermotosikal untuk berkonvoi dan mengarak YB Hamidah Adun Sungai Rapat kelokasi ceramah. Penulis mendapat maklumat budak-budak ini telah diupah dengan mendapat sehelai T-Shirt percuma dan sejumlah duit RM50.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan