Pengikut

Khamis, 2 Februari 2012

Rosmah Boros Cerita Liar - Najib tak percaya...!!!

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menolak dakwaan bahawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan kira-kira RM325,000 semasa membeli-belah di Sydney.

"Ia merupakan satu cerita liar yang direka dan sengaja dibesar-besarkan untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka," kata beliau menerusi akaun twitternya pada Rabu malam.

Najib berkata demikian bagi memberi penjelasan kepada pengikut twitternya berhubung dakwaan sebuah blog bahawa Rosmah dianggarkan berbelanja di sebuah butik pakaian berlabel Carl Kapp berjumlah A$100,000 (RM323, 000).

Rosmah sebelum ini turut menafikan dakwaan beliau berbelanja bagi jumlah berkenaan di butik di Sydney, Australia.

Rosmah berkata beliau menjadi mangsa tuduhan liar yang disiarkan Sydney Morning Herald.

Kolumnis Andrew Hornery menerusi artikelnya memanggil Rosmah "wanita pertama membeli-belah' kerana didakwa membelanjakan A$100,000 di sebuah butik di Sydney.


Rosmah berkata beliau menjadi mangsa tuduhan liar ,Najib pun tak percaya dakwaan bahawa isterinya, Rosmah Mansor membelanjakan kira-kira RM325,000 semasa membeli-belah di Sydney. Muhyiddin Yassin tak percaya,Chua Soi Lek pun tak percaya,Hasan Ali pun tak percaya,Ibrahim Ali pun tak percaya,Upin Ipin pun tak percaya..........
Haa.......korang percaya ke...???? hehehehe...


Alamaaaaaaaaaaaakk!!! Pak Jib dah berbunyi daaaaaaaaahh.. Selepas Mah Mah diserang media antarabangsa dari segala sudut (kecuali media milik UMNO), kali ni Pak Jib kedepan menjadi HERO menyelamatkan Mak Mah dari terus menerus di'FITNAH'... Blog fesyen Australia Frockwriter melaporkan anggaran Mak Mah membelanjakan sekitar A $100,000 (RM323,000) untuk membeli pakaian oleh pereka terkenal.

"Ini cerita yang dibesar-besarkan dan sengaja direka untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka," katanya di Twitter malam tadi.


Sejak dari 'FITNAH' akhbar Australia <KLIK SINI>, kemudian akhbar Singapura dan Brunei <KLIK SINI>, pastu kene lanyak pulak dengan Andrew Hornery <KLIK SINI> makin Mak Mah berbunyi makin teruk pulak kene counter attack. Tibalah masanya Pak Jib ke depan... heheheeee..



Nak tau pasal intimnya laki bini ni, apakata korang klik SINI... eeeekekekekeeee..

PENING AKU MELAYAN KES LAKI BINI NI... ADOOOIIYAAAAAIII... INILAH MALAYSIAKU YANG TERCINTA...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan