Pengikut

Selasa, 15 Mei 2012

[Bergambar] Terima Kasih MPT kerana benarkan PAS Taiping guna Padang Kemunting Jaya – YDP PAS Taiping



15  Mei 2012  -- Padang Kemunting Jaya  Perak malam tadi disini telah berlangsung ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Taiping dengan kerjasama rakan sahabat dari PKR dan DAP. Walaupun ada sedikit provokasi yang sudahmenjadi  lumrah dari pihak UMNO BN yang tidak senang dengan anjuran ceramah ini,namun dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping dan pihak Polis disini yang telah memberi permit penganjuran,ceramah  ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Penceramah yang menyampaikan ceramah dipentas terdiri daripada Ust Fakharudin YDP PAS Taiping, Sdr Richard Wong (DHPP), Sdr  YB Sivakumar, Sdr YB Nga Kor Meng dan penceramah utama Naib Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Bin Sabu. Selain itu ada juga  beberapa  barisan kepimpinan Pakatan Rakyat  Perak turut hadir di pentas utama.

Dalam ucapan alu-aluan YDP PAS Taiping Ust Fahkarudin  dihadapan hadirin yang menjangkau 5000 orang,beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak  MPT yang memberi kebenaran mengunakan padang bola Kemunting Jaya ini yang buat julung-julung kalinya diberi kelulusan  untuk dijadikan tempat berlangsungnya ceramah anjuran PAS Taiping. Ust Fakharudin juga mengucapan tahniah  kepada semua lapisan tenaga kerja yang berjaya melaksanakan program ini.

 “Tiada bas-bas yang diupah sewa untuk mengangkut para hadirin,tiada duit poket disediakan dan tiada jamuan makanan percuma disedia,semua yang datang dengan niat iklas untuk mendengar kupasan isu politik semasa oleh kerana putar belit media arus perdana menyebabkan rakyat sudah muak dengan penipuan yang ditaja pihak UMNO BN ,dengan itu  padang Kemunting Jaya ini menjadi bukti dan isyarat  jelas bahawa rakyat dan masyarakat di Perak khususnya di Taiping menolak politik mengunakan sogokan sepertimana yang dilakukan UMNO BN” – Ujar YDP Taiping.

Gambar-gambar sekitar ceramah di Padang Kemunting Jaya























Tiada ulasan:

Catat Ulasan