Pengikut

Rabu, 9 Mei 2012

Lembaga Hasil Dalam Negeri hebat melanun di pasar malam


Sejak  bulan April 2012 yang lalu didapati pegawai-pegawai  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mula  masuki  pasar malam di sekitar Taiping seperti pasar malam baru 2 ½, pasar malam Kota Jaya Simpang,pasar malam Kemunting,pasar malam Changkat Jering dan pasar-pasar malam di taman-taman sekitar taiping . Para pegawai LHDN masuk pasar malam bukan-nya hendak beli  apam balik,nasik tomato,baju bundle atau sebagainya,mereka masuk pasar malam bukan juga nak buka meja meniaga chow kautieuw goreng…hahaha.. sebaliknya mereka masuk pasar malam secara beramai-ramai untuk menemuramah para peniaga kerana  nak selidik mengenai  hasil jualan para peniaga pasar malam. LHDN macam jadi pemburu juruadit bergerak pula…haha..jumpa setiap peniaga pasar malam di paksanya  istihar pendapat di tapak berniaga…hahaha..
Kad  Lawatan Banci Bisnes.???  Inilah kad yang diberi kepada setiap peniaga pasar malam di sekitar Taiping pengesahan income tax nak dikaut  dari peniaga pasar malam.

Seorang peniaga pasar malam disini memaklumkan bahawa pegawai LHDN  memberitahu beliau tujuan mereka masuki pasar malam ini diatas arahan orang atasan didalam LHDN bagi menyelidik laporan yang konon-nya ada  terdapat  peniaga pasar malam yang layak dikenakan cukai pendapatan (Income tax). Jesteru itu mereka (LHDN) datang kepasar-pasar malam untuk tanya selidik para peniaga bagi tujuan itu. LHDN ingat peniaga pasar malam dapat setahun  RM250juta macam keluarga Shahrizat ke..hehehehe…

“Apa yang jelas Government Service Tax (GST) semakin hampiri peniaga dan semua rakyat sekiranya UMNO BN berjaya  lanjutkan lagi  kuasa selapas PRU 13 ini,inilah langkah yang UMNO BN ambil sebagai jalan untuk laksanakan GST  yang dikatakan bakal dilaksanakan pada bulan Julai ini”- Ujar seorang peniaga nasi ayam di pasar malam kat aku. Mereka (LHDN) tak fikirkan tentang golongan peniaga pasar malam ini sebenarnya bukan didalam golongan orang senang,kami berniaga bukan untung besar..kadang-kadang rugi kerana tak boleh berniaga kerana  hari hujan”

** Tanda –tanda yang  negara semakin tiada duit kerana keborosan pemimpin tertinggi UMNO BN  sudah jelas dan semua rakyat tahu dan kini sanggup pula memburu   golongan peniaga pasar malam untuk diselidik untuk dikenakan cukai..Najib kehulu-kehilir  tabur duit sejak kebelakangan ini untuk dapat sokongan terhadap UMNO BN yang semakin merosot..duit negara dah kering,cara nak dapat balik ialah paksa LHDN melanun cari duit…dapat duit UMNO BN tabur sebagai rasuah politik..begitulah pusingan politik kotor UMNO BN yang  teramat  jelas sekarang. 

Tiada ulasan:

Catat Komen