Pengikut

Sabtu, 21 Julai 2012

PAS Larut salur bantuan kepada 500 penduduk kampung sempena Ramadhan

20 Julai 2012, Kg Sungai Siputeh ,Kg Sungai Bayor,Kg Pantai Besar dan Kg Batu 14 adalah 4 buah kampung didalam Parlimen Larut menjadi lokasi pengagihan bantuan daripada Lujnah Kebajikan PAS Larut kepada lebih 500 penduduk kampung disini. 

Sekampit beras 10kilo bersama beberapa barangan keperluan dapur telah disumbangkan kepada penduduk kampung disini bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada keesokan harinya yang kesemuanya dilakukan dimarkaz PAS cawangan dikampung-kampung berkenaan sebagai pusat pengagihan bantuan. Kg Batu 14 seramai 50 penerima,Kg Pantai Besar 20 penerima,Kg Sg Bayor 100 penerima dan Kg Sg Siputeh yang baru-baru ini menjadi konterversi dengan kehadiran Muhyiddin berikutan isu arahan penurunan bendera PAS seramai 330 orang penerima mendapat bantuan dari PAS Larut.

Rata-rata penduduk kampung  yang menerima bantuan ini dari golongan berpendapatan rendah melahirkan rasa syukur dengan bantuan serta mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh PAS Larut ini.

PAS Larut menyatakan sumbangan ini bukanlah sebagai tindakbalas terhadap mana-mana pihak yang selama ini megah dengan slogan konon-nya janji ditetapi yang didapati hanya omogan kosong,akan tetapi ianya adalah sebahagian usaha PAS Larut dalam meneruskan menyantuni rakyat yang perlu direalisasikan dengan cara berterusan sejak dahulu lagi sehingga kini.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan