Pengikut

Ahad, 9 September 2012

Rumah terbuka Aidilfitri PAS cawangan Changkat Ibol meriah sebab dikubu terkuat

9 Sept 2012/22 Syawal 1433- Changkat Ibol,Bukit Gantang Perak: Walaupun sudah berada hampir dipenghujung bulan Syawal,sambutan rumah terbuka aidilfitri yang dianjurkan PAS Cawangan Changkat Ibol amat meriah sekali hari ini.

Majlis yang bertempat diperkarangan markas cawangan tersebut mula dihadiri tetamu seawal jam 10pagi. Lemang,rendang serta kuih muih menjadi hidangan istimewa buat para tetamu.

Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah YB Khalid Idham Lim,Ust Azli Musa, Cik Sandra Ng ( AMK ) dan beberapa pimpinan PAS peringkat kawasan dan cawangan.

Sambutan rumah terbuka PAS cawangan Changkat Ibol ini berlansung dengan suasana meriah dan harmoni dengan kehadiran tetamu dari berbagai lapisan bangsa.

"Suasana maufakat antara kaum dimajlis perayaan beginilah membuktikan Pakatan Rakyat amat dekat dihati rakyat dan memang tidak mustahil PR menerajui pemerintahan di Putrajaya selepas PRU akan datang" - Ujar Ust Azli Musa.

YB Idham pula menyeru ahli  PR agar teruskan gerakerja perjuangan parti, kerana kita semuanya sekarang dalam suasana menyambut hari raya setelah berjuang dengan menahan serta menjaga hawa nafsu selama sebulan diramadan yang lalu dan kini kita harus teruskan perjuangan untuk menempoh pilihanraya yang bakal tiba.

** Orangni: Teringat aku kata-kata Ust Idris Hj Ahmad ( AJK PAS Pusat ) bahawa PAS Changkat Ibol mungkin antara kubu terkuat PAS didunia, kalau benar PAS cawangan Changkat Ibol kubu terkuat maka rasanya tak rugi kalau disyorkan PAS Cawangan Changkat Ibol sebagai ikon kepada cawangan-cawangan lain di Parlimen Bukit Gantang.

Ini kerana masih terdapat sebilangan kecil cawangan PAS diBukit Gantang perlu diberi perhatian,ada cawangan yang suka berjuang secara sendirian seperti ala red-indian yang sentiasa muka serius tak pernah senyum tapi serius juga kalau berjuang....hahaha...siapa nak rapat untuk join..?? Hehe..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan