Pengikut

Selasa, 11 Disember 2012

Datuk Fauzi boleh akur, harap Dr. Dhari pun boleh akur

12 Disember 2012  TAIPING -  Calon Pas Parlimen Larut, Datuk Fauzi Shaari sedia berdepan sesiapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang sebelum ini disebut-sebut calon bertanding kerusi itu  juga melahirkan keyakinan mampu menang berdasarkan sokongan padu pengundi di kawasan tersebut.

Fauzi berkata, beliau akur dengan kehendak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang memberi kepercayaan kepadanya bertanding di Parlimen Larut.

“Saya istiqamah dengan perjuangan dan tidak kisah siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding (di Parlimen Larut). "Rakyat kini sudah sedar dan yakin perjuangan PR ke Putrajaya untuk menubuhkan kerajaan yang adil bagi membela semua kaum dan golongan tanpa pilih kasih," katanya pada ceramah anjuran Pas Cawangan Batu Enam, di sini, kelmarin.

Menurutnya, beliau dan pucuk pimpinan kini juga yakin dengan sokongan padu rakyat juga pengundi Larut kepada Pas serta PR.

“Kita memberi jaminan jika PR memerintah negara, bahasa Melayu akan kekal menjadi bahasa rasmi negara, di samping menghormati bahasa lain. “Manakala agama Islam akan kekal agama rasmi dengan pengisian lebih menyeluruh, selaras kehendak perundangan Islam,” katanya.

Bersemangat pada ceramah berkenaan, Fauzi juga menegaskan PR akan memastikan hak istimewa orang Melayu terjamin, malah akan dimartabatkan dalam pelbagai bidang tanpa meminggirkan bangsa lain. - Sinar Harian.

Orangni: Akur dengan arahan pimpinan atasan membuktikan Datuk Fauzi seorang yang berjiwa besar. Semoga Dr. Dhari YDP Larut juga dapat  akur dengan semua ini. Jika PRU 12 telah diberi peluang...bersyukurlah dan berilah sokongan terhadap keputusan pimpinan atasan sekiranya sebarang kemungkinan terhadap diri. Jangan cetuskan suasana kurang enak dikalangan ahli. Aku percaya Dr. Dhari juga boleh lakukan yang terbaik demi perjuangan PAS.

Tiada ulasan:

Catat Komen