Pengikut

Khamis, 13 Disember 2012

Datuk K kemalangan patah bahu, tangan dan kaki

13 Disember 2012 SHAH ALAM - Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau dikenali sebagai "Datuk K" terlibat dalam satu kemalangan di Queensland, New Zealand, hari ini.

Datuk K dilaporkan mengalami kecederaan teruk dengan patah bahu, tangan dan kaki namun keadaannya stabil.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 12.45 tengahari waktu Malaysia (4.45 petang waktu tempatan) ketika beliau sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Laporan portal Media Hiburan menyebut, susulan kejadian itu, Siti akan berangkat ke New Zealand esok bagi melihat keadaan suaminya. Siti yang kini masih berada di Jakarta terpaksa membatalkan dua persembahan besar iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlangsung di Banjarmasin dan Jakarta.- SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan