Pengikut

Selasa, 25 Disember 2012

Filem "Hantu Kak Rosmah Balik Rumah" ke Pawagam Dalam Tahun Depan

Gambar sekadar hiasan dan cadangan penulis sahaja...hahaha.
Pak Jabit
"Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sudah lama berada dipawagam dan watak Hantu Kak Limah khabarnya dah berminat lagi nak masuk berlakon...jadi apa kata kalau dalam tahun depan lepas PRU saya buat sebuah filem seram lain ganti filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan tajuk  Hantu Kak Rosmah Balik Rumah"- seloroh Pak Jabit disambut dengan gelak ketawa yang hadir....hahaha...

Tidak salah  kalau kita ubah nama Kak Limah kepada Kak Rosmah..tapi sekarang ni tak boleh la..tentu kena gam, kisah mereka (UMNO BN) semua-nya yang baik-baik saja,yang nyata keburukan mereka semua tak boleh diceritakan,jadi cerita-nya sekarang ialah semua yang berada disini perlu berubah untuk ganti kerajaan pusat yang ada kepada yang lain..kalau saya yang berumur 63 tahun boleh berjuang untuk menuju ke Putrajaya kenapa yang berumur 36 tahun tidak boleh..? - tambah Pak Jabit lagi ketika menyampaikan ceramah santai di Kampung  Sungai Seputeh Selama Perak disini malam tadi.

Program berbentuk santai ini dianjurkan oleh PAS Cawangan Sg Seputeh dengan usahakerja kuat dari Pemuda PAS Cawagan tersebut. Kehadiran ahli pada malam program tersebut amat-amat membanggakan sekali.

Bermula dengan solat Mahgrib berjemaah kemudian disusuli dengan majlis tazkirah yang disampaikan oleh YDP PAS Taiping Ust Mohd Fakharuddin. Selepas solat Isyak berjemaah para yang hadir menjamu selera. Disahkan oleh penganjur sebanyak 3 ekor kambing telah ditumbangkan untuk program ini...hebat..hebat...hebat...hahaha....

Pak Jabit yang sebenarnya terikat dengan program lain di Chemor Ipoh telah dijemput singgah ke program ini. Pak Jabit dikatakan terlibat dengan pengambaran sebuah filem baru arahan Mamat Khalid.

"Siapa kata artis yang sertai Pakatan Rakyat dah tak laku..?? Saya masih lagi di-panggil berlakon....janji watak saya dalam lakonan tersebut tidak menyalahi etika dan prinsip saya sebagai seorang islam.." - kata Pak Jabit .

Dari Pahang ke Parlimen Larut
Singgah berehat di lebuhraya
UMNO BN semakin kalut
Pakatan Rakyat ke Putrajaya
-- Pantun dari Pak Jabit

Solat berjemaah

Add caption

Majlis Tazkirah

Ceramah santai dari Pak Jabit banyak menceritakan isu termasuk kes Lynas di Gebeng Pahang

Bermaklumat dan tak kering gusi dengan ceramah Pak Jabit...kelihatan YDP PAS Taiping

Orang kuat dan harapan DUN Selama: Ust Akmal Kamarudin( Baju biru) turut hadir di program ini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan