Pengikut

Jumaat, 25 Januari 2013

YB Zahir restu Pegawai Polis kelu: Pemuda UMNO Taiping berkonvoi tanpa helmet macam samseng jalanan depan mata

Baru-baru ini UMNO Bahagian Taiping konon-nya menyahut seruan UMNO Pusat dengan merasmikan Bilik Gerakan Belia 4B Taiping.

Jadi macam-macam acara yang dibuat untuk ahli-ahli UMNO disini.

Salah satu acaranya ialah dipercayai "Konvoi Pemuda UMNO Bahagian Taiping" yang dilepas sempurnakan oleh YB Dato Zahir ADUN Kemunting dan turut sama ialah seorang Pegawai Polis dipercayai dari IPD Taiping.

Sungguh memeranjatkan apabila melihat sebuah Video Klip (4:06) yang diupload di Youtube berkaitan konvoi tersebut...!!!

Beberapa Pemuda UMNO dengan selamber tanpa memakai topi kaledar menyertai konvoi yang dihadiri oleh seorang Pegawai Polis.

Pemuda UMNO yang tidak memakai topi kaledar ini bersikap kurang sopan apabila dengan tanpa rasa bersalah melambai tangan kepada YB Zahir yang mana Pegawai Polis tersebut juga berada disisi YB Zahir.

Entah berlesen dan ada cukai jalan entah tidak..!!??

Inikah Pemuda harapan bangsa yang dididik oleh UMNO..??

UMNO Bahagian Taiping sememangnya gagal dalam membentuk anak muda disini menjadi insan berguna, sebaliknya merestu budaya samseng jalanan. 
YB Zahir dan seorang Pegawai Polis bersama Pemuda UMNO Taiping
bersiap sedia nak mulakan konvoi

Mamat Pemuda UMNO menunggang motosikal warna hijau tanpa helmet

Hebat..!!! Siap boleh lambai tangan tanpa topi kaledar kat YB Zahir dan Pegawai Polis..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan