Pengikut

Rabu, 6 Februari 2013

Pelakon Filem Abu Nawas Meninggal Dunia

.

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada pukul 6.45 petang ini.

Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua.

“Menurut sumber jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Teluk Intan, Perak pada malam ini juga,di sini hari ini.

Ogos tahun lepas, suami kepada Datin Alisah Ali itu koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi HKL akibat terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul di sini.

Sedikit info mengenai Datuk Yahya Sulong : Beliau pernah berlakon di dalam berpuluh filem dan juga drama antaranya Abu Nawas (Filem Pertama), Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du, Toyol, Si Luncai, Prebet Lapok, Senario The Movie dan banyak lagi. Datuk Yahya Sulong atau lebih dikenali dengan nama Pak Ya yang sudah empat kali mendirikan rumah tangga dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit itu kini kekal dengan isteri tercinta Datin Alisah Ali. Info Wikipedia :SINI

Takziah diucapkan kepada keluarga Datuk Yahya Sulong atas pemergian insan seni ini. Al-Fatihah.

1 ulasan: