Pengikut

Rabu, 10 April 2013

2 Mantan MB Perak Akan Sertai PAS, BOLEH PERCAYA KE..???

Konon-nya panas-panas-panas.....hahaha....

Bekas MB Perak Dari Umno Sertai Pakatan Rakyat Dalam kehangatan pilihanraya umum ke-13 nanti.

Konon-nya beberapa minggu lagi, bekas pemimpin besar Umno dijangka menyertai parti dalam Pakatan Rakyat.

Berita jadi bertambah panas apabila desas-desus seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS malam ini.

Perkara ini dikatakan didedahkan Nizar Jamaluddin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihanraya umum akan datang, malam tadi.

“Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS,” katanya.

Sebelum pentadbiran Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Ramli Ngah Talib dan Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).

Menurut sumber, dua nama teratas yang dijangka menyertai PAS malam ini ialah Tajol Rosli Ghazali dan Ramli Ngah Talib.

Bagaimanapun Tajol dilihat lebih menyerlah kerana masih mengiktiraf Speaker DUN Perak yang sah, V Sivakumar selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada Februari 2008.

Bekas ADUN Pengkalan Hulu ini digugurkan dari senarai calon dan dia sendiri tidak mahu lagi bertanding mewakili Umno dalam mana-mana jawatan negeri mahupun bahagian. Dia juga merupakan anak kepada bekas menteri besar kedua, Mohamed Ghazali Jawi. Tajol juga dikatakan semakin vokal terhadap dasar-dasar pentadbiran Zambry yang tidak mempedulikan hak orang Melayu apabila ratusan hektar tanah balak diberikan kepada kroni rapat dan perniagannya.

Dijangka, dengan pengumuman rasmi malam ini, lebih ramai ahli Umno akan mengikut jejak Tajol menyertai PAS manakala jentera pilihanraya Umno Gerik bakal lumpuh walaupun bukan calon Umno yang bertanding.

Tajol menang dalam pilihanraya umum lalu menewaskan calon KEADILAN, Lee Sing Long dengan majoriti 4,645 undi tetapi kemenangannya tidak bermakna apabila Perak diperintah Pakatan Rakyat yang menang 31 daripada 59 kerusi DUN sekaligus membentuk kerajaan negeri yang diketuai Nizar.

Apa yang Orangni nampak macam ada pro dan kontra dalam isu ini,banyak kemungkinan, seperti ada udang disebalik mee....hahaha...

Maklumlah di saat peperangan politik sekarang ini,macam-macam benda boleh jadi. Tahap kepercayaan Orangni atas cerita 2 mantan MB Perak akan sertai PR...macam tak percaye je....hehehe....

Sebab orang politik yang kecewa dalam arena politik macam-macam lakonan politik boleh dibuat demi meraih sesuatu dari melepas apa satu tak dapat (* Terutama UMNO....hehehe...).

*** Maklumat yang Orangni terima terus dari isu berkaitan diatas mengesahkan memang benar ada seseorang yang pernah menjawat jawatan MB akan sertai PAS,namun ianya umum kepada semua negeri dan bukanlah negeri Perak yang dikhususkan . Perkara ini telah menjadi teka-teki deman PRU 13....hahaha.....

Apapun kita tunggu je....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan