Pengikut

Rabu, 3 April 2013

Perak Ada Mamagomo ?


Hamidah teruk di 'grill' peguam

Artikal dari blog Hamidahosaman.blogspot
Mamagomo Perak...menafikan...??

SHAH ALAM:Perbicaraan kes Khalid Samad menyaman 
Datuk Hamidah Othman, Adun Umno dan Exco Kerajaan 
Perak di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam 
menyaksikan Hamidah teruk di 'bakar' (grill) oleh 
peguam Mohamed Hanipa Maidin apabila beliau 
disoal balas hampir 2 jam.



Hamidah disaman oleh Khalid Samad berhubung satu 
artikel yang diterbitkan di dalam blog beliau pada 
awal bulan Januari 2010 bertajuk " Umat Islam Perlu Bersatu".




Antara lain artikel tersebut mengandungi gambar 
ubahsuai (super imposed) Khalid Samad berpakaian 
seperti seorang paderi dan juga kata-kata yang 
menunjukkan Khalid Samad adalah termasuk 
dalam golongan Islam liberal, melacur agama 
dan menaikkan semangat pihak kafir untuk 
menjahanamkan iman umat Islam.




Dalam perbicaraan yang berlangsung selama 3 hari 
berturut bermula dari 1 April hingga 3 April di hadapan 
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim bin Hamzah, 
Khalid Samad memberikan keterangan beliau dan 
Hamidah juga memberikan keterangan. 




Hamidah dilihat cuba menafikan kononnya artikel 
di blog beliau itu mempunyai gambar super imposed 
Khalid Samad.




Alasan beliau Khalid Samad telah gagal menunjukkan 
posting asal artikel yang diterbit pada 2 haribulan 
Januari 2010 jam 12.09 pm tersebut. 




Namun Khalid Samad telah memanggil saksi 
yang juga pakar IT yang menunjukkan meskipun 
posting asal di dalam blog Hamidah telah 
dipadam namun ia masih boleh diakses melalui
www.archieve.org.com. yang menunjukkan 
posting asal artikel tersebut masih wujud dan  
jelas mempunyai gambar Khalid berpakaian 
seperti seorang paderi.




Di dalam soal balas hampir 2 jam oleh Hanipa, 
Hamidah disoal bertalu- talu sehingga Khalid Samad 
keluar beberapa kali kerana berasa kesihan 
melihat Hamidah di'grill' oleh Hanipa.




Antara lain Hanipa menyoal balas Hamidah 
seperti berikut : -




S : Datuk, anda menafikan di dalam keterangan 
anda bahawa artikel di dalam blog anda 
mengandungi gambar Khalid Samad berpakaian 
paderi?


J : Ya.



S : Kalau benar dakwaan datuk, mengapakah 
di dalam pernyataan pembelaan datuk, datuk 
sendiri mengakui kewujudan gambar di dalam 
artikel tersebut? Kalau gambar tidak wujud 
mengapa datuk tidak nafikan di dalam pembelaan 
datuk? Mengapa datuk tidak batalkan saman Khalid?




J : Saya menafikan gambar itu di super
 imposed oleh saya.




S : Tapi datuk ...Khalid Samad tidak katakan 
dalam saman beliau bahawa datuk telah 
super imposed gambar tersebut, apa yang 
dia kata di dalam blog datuk wujud gambar 
super imposed itu bersama-sama artikel itu, 
jadi mengapa datuk nak nafikan apa 
yang Khalid tidak kata dalam samannya? 
Ertinya mengapa datuk perlu nafikan 
gambar itu disuper imposed oleh datuk 
apabila Khalid sendiri tidak tuduh benda 
itu? Apa yang dituduh datuk tak nafi, 
apa yang tidak dituduh datuk nafi pula, 
boleh jelaskan?




A : errr...




S : Datuk, adakah datuk sedar dalam pembelaan 
datuk,  datuk bergantung kepada pembelaan 
justifikasi. Tahukah datuk kesan kepada pembelaan ini?




J : Itu saya serah pada peguam saya.




S : Datuk saya katakan bahawa apabila anda 
bergantung kepada pembelaan justifikasi, 
hakikatnya datuk menyatakan apa yang 
datuk terbitkan di dalam blog datuk adalah 
benar.. iaitu jika datuk terbitkan Khalid berpakaian
 paderi maknanya datuk boleh buktikan memang 
benar beliau berpakaian paderi, begitu juga 
jika datuk kata Khalid melacur agama datuk 
boleh buktikan memang benar dia melacur 
agama, soalan saya adakah datuk mempunyai
 bukti-bukti tersebut?




J : Tiada.




J : Dengan bergantung kepada pembelaan 
justifikasi, saya katakan datuk tidak boleh 
kata datuk tidak terbitkan artikel dalam blog 
datuk itu.. kerana adalah pelik dari satu segi 
datuk kata datuk tidak terbit artikel itu, tapi
 dari segi yang lain pula datuk kata 
apa yang datuk terbitkan itu adalah benar.
.mana satu ni datuk?




J : Yang Arif, saya tidak boleh jawab kerana 
saya tidak lihat artikel asal saya.




Hanipa juga di dalam soal balas beliau merujuk
 kepada apa yang ditulis di dalam blog Hamidah
 bahawa beliau mengingatkan para pembaca 
yang ingin membuat komen di blog beliau perlu 
berhemah, mempamerkan akhlak dan tidak 
menggunakan guna bahasa yang kasar.  
Hanipa bertanya




S : Sebenarnya peringatan datuk ini kena 
pada dato sendiri kerana hakikatnya datuk 
yang guna kata-kata tidak berhemah 
apabila datuk guna kata-kata seperti 
Plaintif melacur agama dan menolong 
menaikkan semangat pihak kafir 
menjahanamkan iman umat Islam...betul tak datuk?




J : Saya hanya ingatkan pembaca supaya 
beri komen yang berhemah..




Perbicaraan akan disambung semula 
pada 12 April ini.




Khalid Samad diwakili oleh Mohamed 
Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin 
manakala Datuk Hamidah diwakili oleh 
Datuk Hafarizam Harun.


- harakahdaily
..........................
Orangni: Udah rupe perangai Papagomo 
Si YB Midah ni...pandai bikin fitnah dalam 
blog udah kantoi idak berani ngaku... 
Thumpo haoup yong..!!! Kome 
sesuai di panggil Mamagomo Perak....hahahaha....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan