Pengikut

Sabtu, 18 Mei 2013

Terkini: Al- Fatihah, Bekas Calon DUN Selinsing Sdr. Sharudin B. Ahmad Meninggal Dunia Di Hospital Taiping


18 Mei: Taiping --- Berita yang baru diterima mengesahkan bahawa Sdr. Sharudin B. Ahmad Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai Perak yang juga Timbalan Presiden Majlis Belia Negara (MBN) telah meninggal dunia di Hospital Taiping sekitar jam 8.40 malam sebentar tadi.

Allahyarham Sdr Sharudin Ahmad, juga calon BN DUN Selinsing dalam PRU13 yang lalu. 

Sharudin yang bertanding di Dun Selinsing pada PRU13 buat kali pertama tewas di tangan penyandang kerusi itu, Husin Din dengan majoriti 809 undi.

Menurut sumber yang Orangni terima,jenazah Allahyarham sekarang masih berada di bilik jenazah hospital Taiping dan akan dibawa pulang ke kediaman Allahyarham di ke rumahnya di Batu 10, Jalan Taiping.

Sebelum ini Allayarham Sdr. Sharudin B. Ahmad  dirawat di wad ICU C2 Hospital Taiping kerana masaalah jangkitan kuman. ( Sumber )

Orangni mengucapkan salam takziah kepada seisi keluarga Allahyarham Sdr. Sharudin B. Ahmad, semoga roh beliau dicucuri Rahmat...amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan