Pengikut

Khamis, 16 Mei 2013

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bagan Serai Di Masukan ke Wad ICU Hospital Taiping

17 Mei : Taiping -- Sdr. Sharudin B. Ahmad, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai Perak yang juga Timbalan Presiden Majlis Belia Negara (MBN) kini dilaporkan sedang dirawat di wad ICU C2 Hospital Taiping.

Sdr Sharudin Ahmad, juga calon BN DUN Selinsing dalam PRU13 yang lalu.

Dikatakan kini akan dihantar ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh menjadi rawatan susulan jika perlu.

Beliau telah dikejarkan ke Hospital Colombia Taiping malam tadi dan kerana kekurangan fasilitis, Sharudin dipindahkan ke Hospital Daerah Taiping dan di tempaatkan di Unit Rawatan Rapi C2. 

Oleh kerana jangkitan kuman yang serius beliau kini dipindahkan ke Ipoh. 

Sumber mengatakan buah pinggang Sharudin telah dijangkiti kuman, YB Husin Din ADUN Selinsing dan YB Zawawi Hasan ADUN Semanggol mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi.
YB Semanggol, Ustaz Zawawi (Kopiah Putih) sempat melawat Sharudin Ahmad di Hospital Taiping 
YB Husin dan YB Zawawi telah bersama menziarah Sdr. Sharudin sebentar tadi di hospital Ipoh(sebelum solat jumaat).

Semoga Allah menyembuhkan beliau dari penyakit yang dialami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan