Pengikut

Isnin, 10 Jun 2013

Pondan Taman Tasek Taiping Semakin Galak Dengan ‘khidmat kocok-kocok’

Taiping: Terkenal dengan jolokan ‘khidmat kocok-kocok’, sekumpulan pelacur pondan tempatan dikesan menjadikan kawasan perumahan awam di Taman Eliathamby di sini, sebagai markas untuk menjalankan aktiviti maksiat terutama pada waktu lewat malam.
Kegiatan maksiat yang dilakukan tidak jauh dari Taman Tasik Taiping itu menyediakan tawaran pelbagai pakej antaranya urutan berahi, urutan badan ke badan serta seks.
Rata-rata pondan yang berkeliaran di hadapan rumah dan kawasan taman berhampiran menawarkan perkhidmatan serendah RM20 hingga RM100 bagi pelanggan yang mahu menyewa mereka untuk satu malam.

Penduduk dikenali sebagai Wahab, 38, berkata, kegiatan maksiat yang semakin menjadi-jadi itu bermula pada jam 12 tengah malam sehingga jam 5 pagi setiap hari.
MAK nyah menunggu pelanggan di sekitar Taman Eliathamby.
Menurutnya, rata-rata pondan terbabit tidak segan menjalankan kegiatan serta menawarkan khidmat seks walaupun menyedari ia tidak disenangi penduduk berhampiran.
....................
Kalau difikirkan apa yang berlaku di Taman Tasek Taiping...apa mau hairan,sebab memang ada pihak yang mengiktiraf Pondan-Pondan Taman Tasek Taiping sebagai "Ratu Taiping".
Mak Nyah sedang bergelek dengan Efa Radziah dipentas sebelum dinobatkan Ratu Taiping
Tahun lepas dalam program Karnival Ziarah For Peace yang berlangsung di Taman Tasek Taiping dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi (Sekarang Menteri Dalam Negeri), Makyah-makyah disini telah diangkat sebagai "Ratu Taiping".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan